Tentang Syair "Malikun Ala Arsyi Sama"

OLEH: Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi


Saya tertarik untuk berkongsi sebuah syair yang dijadikan zikir munajat oleh masyarakat kita, kerana mengisbatkan sifat 'uluww kepada Allah sebagaimana yang diimani oleh salaf, ahli hadis, dan Ḥanābilah secara jelas dan nyata. Terjemahannya seperti berikut:

"Maha suci Dia yang kuasa-Nya tidak terduga oleh makhluk,
Dan yang tunggal dan diesakan di atas arasy;
Raja penguasa di atas arasy langit,
Kepada keagungan-Nya tunduk dan sujud sekalian wajah.”

Zikir ini sebenarnya berasal dari rangkap syair yang kononnya digubah oleh Umayyah b. Abū al-Ṣalt, penyair Jahiliyyah yang sempat hidup sehingga 9 Hijrah, tetapi meninggal dalam keadaan tidak beriman.

Syair ini tidak bermasalah dari segi maknanya. Malah, ia seperti syair-syair beliau yang lain berunsur tauhid dan keimanan. Imam Ibnu al-Qayyim antara yang menyebutnya sebagai dalil mengisbatkan sifat 'uluww dalam kitab Ijtimā‘ al-Juyūsh al-Islāmiyyah alā Ghazw al-Mu‘aṭṭilah.

Cuma, agak menghairankan kerana dalam sebuah klip video, bait pertama diterjemahkan dengan "maha suci yang tiada upaya segala ciptaan kekuasaan-Nya, Dia tiada sesiapa seseorang yang maha esa" tanpa langsung menyebut "di atas arasy."

Wallahualam.


___________________________
~ Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi ~
Unit Asatizah
_____________________________

Comments