OLEH: Zulfikar Egar
Justeru itu, setiap orang mukmin perlu sedar bahawa setiap putaran jam itu amat bernilai 'harganya'.
Sama ada kita ingin mengisinya dengan perkara-perkara yang baik yakni berfaedah. Atau mengisinya dengan sambil lewa yakni lagha.
Apa yang pasti, setiap masa yang berlalu akan menjadi kenangan dan tidak akan diperolehi semula.
Dan perlu diingat, apa yang kita buat dalam kehidupan ini sama ada baik atau buruk, adalah penentu kita di akhirat sana.
Benar, jaminan kehidupan yang baik di akhirat sana adalah rahmat daripada Allah, bukanlah daripada amalan. Tetapi bagaimana ingin mendapat rahmat Allah tanpa amalan baik dan meninggalkan segala larangannya?
Jadi, janganlah kita mensia-siakan setiap masa yang diperuntukkan itu berlalu begitu sahaja tanpa kita isi atau menjadikan ia sumber pahala yang sangat menguntungkan akaun amalan kita.
Usah biarkan kita menyesal di kemudian hari di akhirat nanti bila mana tiba-tiba kita mendapati rupa-rupanya segala apa yang kita lakukan di dunia dulu, menjadi lombong dosa yang langsung tidak menguntungkan. Nauzubillah.
Maka fikir-fikirlah dengan baik dan renungilah firman Allah S.W.T ini;
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar [Surah Al-'Asr : ayat 1-3]
Wallahualam.
___________________________
~Zulfikar Egar~
Lajnah Agama
Lajnah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________

Comments
Post a Comment