Memanggil Orang Mati

OLEH: Shahrul Aiman

Memanggil Orang Mati.

- Memanggil orang mati untuk meminta pertolongan termasuk daripada
syirik. "Dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang
menyembah(meminta) selain daripada Allah, yang tidak dapat
menyahut atau memberikan sebarang pertolongan kepadanya dari di
dunia hinggalah ke hari akhirat, sedang makhluk2 yang mereka
sembah(minta) itu tidak menyedari atau memberi layanan baik
kepada permohonan mereka." Surah ah-Qaf ayat 5.

- Ayat ini menunjukkan bahawa kaum musyrikin mekah merupakan
kemuncak kepada kebodohan kerana mereka telah memesongkan
dari meminta dengan Allah kepada meminta dengan orang yang
telah mati. Kalaulah si mati dengar permintaan manusia itu sekalipun
mereka tak mampu melakukan apa-apa.

- Zahir daripada ayat ini iaitu mereka yang meminta pertolongan
daripada orang soleh yang hidup pada zaman lalu(sudah mati)
sedangkan dia berada pada zaman dimana orang tersebut sudah
mati jika tidak dihukum syirik kerana minta tolong, mereka dihukum
syirik kerana meminta dengan orang yang sudah mati.

- Sekiranya ingin orang soleh mendoakan, carilah orang soleh yang
masih hidup dan ini adalah tawassul yang dibenarkan.

- Keyakinan bahawa si mati mendengar permohonan kita itulah yang
menjadikan syirik apatah lagi sekiranya kita menyangka bahawa si
mati tersebut boleh kabulkan doa kita.

- Satu kisah seorang ustaz yang pernah mengajar di sebuah sekolah
menengah. Beliau begitu mesra dengan anak-anak murid beliau.
Tiba-tiba satu hari ustaz tersebut meninggal dunia secara mengejut
kerana sakit yang dialaminya(kencing manis dsb). Apabila tiba hari
peperiksaan di sekolah, anak murid beliau yang dahulunya pernah
belajar dengan beliau telah pergi ke kubur beliau dan meminta agar
merestui ilmu yang diberikan. Ini merupakan contoh kesyirikan yang
berlaku dalam kalangan anak-anak pelajar di negara kita pada hari
ini.

- Didalam doa tidur yang nabi ajarkan ada unsur tauhid kepada
Allah(rujuk hadis riwayat Muslim dan Ahmad). Apabila kita tidur
dimana roh kita diangkat ke langit ketika itu juga kita tidak akan dapat
mendengar apa-apa apatah lagi ketika mana kita sudah mati.
- Kesimpulannya, sama ada berdoa dari jauh atau dekat kepada orang
mati sama sahaja tidak akan didengari.

Faedah Kuliah Tauhid Maulana Sa’ari.



___________________________
~Shahrul Aiman~
Lajnah Agama
_____________________________



Comments