Padlock Love: Ritual Moden Percintaan


OLEH: Taufiq Tuah





Siapa sangka di zaman serba moden ini juga masih tumbuh ritual-ritual yang mengarut. Lebih mengarut lagi apabila ritual seperti ini muncul di bandar-bandar dan bukannya di pedalaman. Ritual yang ingin dikupas kali ini ialah ritual "Padlock Love" atau "Love Lock". Mereka akan membeli 'kunci mangga' dan menulis nama dia dan pasangannya. Kemudian di letakkan pada pagar2 tertentu kononnya untuk mengabadikan cinta mereka.

Adakah Ini Adat Atau Ritual?
Jawapannya ini ialah ritual. Kenapa? Kerana perbuatan ini membawa kepercayaan (iktiqad) kepada pelakunya. Malah perbuatan itu dikhaskan tempatnya dan dikhaskan tujuannya.

1. Kenapa mesti di pagar tertentu? Kerana ada pagar khasnya (tapak ritual khasnya).

2. Kenapa mesti kunci mangga? Kerana simbolik kepada pengabadian mengunci hati ke atas cinta itu (iktiqad bahawa adanya keabadian).

3. Dari mana asal perbuatan ini? Daripada orang kafir yang sudah jelas kufurnya.

4. Bagaimana orang eropah melakukannya? Orang eropah melakukannya sebagaimana kerapnya orang eropah melontarkan syiling di dalam kolam.

Maka cukup syarat untuk mengatakan perbuatan Padlock Love ini sebagai suatu ritual.

Bolehkah Kita Buat Tanpa Iktiqad Seperti Mereka?

1. Haram kita meniru-niru perbuatan ritual orang kafir. Malah sepatutnya kita menyelisihi mereka.

2. Membuat Padlock Love tidakpun membuatkan rumah tangga anda lebih bahagia. Malah tidak melakukan Padlock Love pula tidaklah akan membuatkan rumah tangga anda sensara.

3. Berhiburlah bersama pasangan anda dengan kaedah yang tidak menyalahi syarak.

Candangan Untuk Pembaca
Kepada yang telah terlanjur melakukan, maka semoga Allah mengampuni perbuatan anda. Sungguh Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Kepada yang berniat melakukan, hentikan lah niat tersebut dan berhiburlah bersama pasangan anda dengan cara yang lebih baik.

Anda boleh sahaja menulis nama anda dan pasangan anda di kunci mangga rumah masing-masing tanpa sebarang iktiqad. Malah perbuatan itu lebih baik kerana dapat menjaga keselamatan seisi rumah dan memudahkan penghantar surat untuk mengenali siapakah tuan rumah.

Boleh juga potongkan buah mangga dan suapkan kepada pasangan anda di rumah untuk melayan 'feel romantic'. Semoga kita tidak terjebak dengan perbuatan-perbuatan tasyabbuh ini.

Papan tanda jawi tu cantik.

*Alhamdulillah, pagar tersebut telah diruntuhkan.
Semoga mereka yang berniat baik untuk memeriahkan suasana TC ini diberkati. Malah digandakan pahala ke atas mereka kerana sudi untuk membetulkan kembali kesilapan mereka. Semoga dipermudahkan urusan-urusan mereka selepas ini insyaallah.

___________________________
Taufiq Tuah~
Lajnah Agama
_____________________________

Comments