Tips 'Recall' Hafalan Dan Mantapkan Hafalan Al-Quran

OLEH: Ustaz Huzaifah Hadis


Oleh sebab dah ramai ustaz-ustaz yang bagi tips untuk menghafal Al-Quran, kali ni kita berkongsi tips untuk ingat Al-Quran dan bawa sampai ke mati.

Saya dah bersungguh hafal Al-Quran lima belas tahun lepas, tapi sekarang satu apapun tak ingat kecuali surah-surah lazim? Ada penyelesaiannya tak?

Jawapannya :

1) Konsisten dan istiqamah murajaah dan membaca Al-Quran. Memang sekarang kalau kita dah lari bidang, kita tak duduk didalam suasana hafal Al-Quran, kita rasa susah sangat nak jaga hafalan.

Jadi kena buat jadual, tak perlulah berat-berat sampai 10 Juzuk ulang setiap hari. Bab ni kalau kat sekolah tahfiz atau madrasah memanglah boleh. Kalau tidak, memang sukar sangat.

Pilih paling minima : ulang 1 Juzuk setiap hari. Boleh pecah-pecahkan ikut waktu solat. Kalau pecah 5 waktu, boleh dapat setiap waktu cuma baca 4 muka surat sahaja.

Insyallah boleh.

2) Baca dalam solat malam. Ini juga antara cara nak kuatkan ingatan kita.

3) Cari madrasah atau sekolah tahfiz dan berkhidmat disitu sebagai ust.

4) Jadi imam terawih di bulan Ramadhan. Kalau boleh, biar 30 hari. Setiap hari juzuk yang berlainan.

Kalau dapat full baca didalam solat terawih lagi bagus, kalau tak, baca sebahagian didalam solat terawih dan bakinya baca sendiri.

Pastikan habis Ramadhan, dapat khatam 30 Juzuk. Paling kurang sekali.

Ust saya ketika kat madrasah bagitahu: doa banyak-banyak kepada Allah supaya Allah pilih untuk jadi imam terawih selama 7 tahun berturut-turut. Insyallah mantap hafalan.

Jangan fikir pasal berapa "elaun" yang masjid atau surau nak bagi, fikir macam mana nak bagi mantap lagi hafalan dan peluang untuk dapat baca Al-Quran didalam solat terawih.

5) Ini yang paling penting, doa kepada Allah agar kita dapat jaga hafalan sampai bertemu denganNya. Doa juga agar Al-Quran yang kita ada didalam dada ini sebagai peguambela buat kita dan bukan pendakwa kita dihari akhirat kelak.

P/s: Ini bukan khusus kepada yang sudah bergelar al-Hafiz sahaja, boleh kepada sesiapa sahaja yang dah ada hafalan waima satu dua surah sekalipun.

Sekadar berkongsi pandangan.



___________________________
~ Ustaz Huzaifah Hadis ~
Unit Asatizah
_____________________________

Comments