Bahana Arak [Seputar Pemandu Mabuk]

OLEH: Zulfikar Egar

Sabda Rasulullah S.A.W;

"Arak adalah ibu segala maksiat." 
[HR. al-Nasa'i]

Bila disebut sebagai ibu segala maksiat, ia menunjukkan betapa hebatnya pengaruh negatif arak itu kepada manusia.

Bukan sahaja kesihatan manusia itu terjejas disebabkanya, tetapi juga boleh mendorong manusia melakukan maksiat yang jauh lebih besar. Bukan saja maksiat kepada Allah, tetapu juga jenayah kepada negara.

Ini kerana, apabila seseorang itu telah mabuk disebabkan arak. Pusat kawalan akalnya sudah tidak berfungsi dengan normal. Bila sudah tidak berfungsi dengan normal, itu yang menyebabkan orang yang dah mabuk tu bertindak di luar kawalan.

Peminum arak tersebut akan sentiasa terdorong untuk melakukan jenayah seperti memandu hingga berbahaya, melanggar orang lain yang tak bersalah hingga mati ketika memandu, merogol, membunuh dan sebagainya.

Itu belum lagi aib yang dibuka sendiri oleh peminum arak itu dengan merepek dan bercakap yang bukan-bukan bahkan ada yang bertelanjang di khalayak ramai disebabkan dipengaruhi oleh arak itu.

Inilah bahana yang wujud dalam masyarakat bila arak dibiarkan untuk diminum secara berleluasa di dalam masyarakat.

Sudah terang lagi bersuluh di depan mata kita bahana arak ini. Ini boleh dijadikan hujah kepada non-muslim betapa bahayanya kesan arak, tanpa perlu kita berikan dalil-dalil akan keharaman arak.

Lebih memburukkan keadaan, arak kini boleh didapati di mana-mana jua kedai serbaneka walaupun kawasan di situ penduduknya adalah majoriti kaum muslimin.

Bukan sahaja masyarakat terdedah kepada pelbagai masalah akibat arak itu, tetapi musibah yang paling besar adalah mengundang kemurkaan Allah S.W.T.

Usah dibicarakan akan ketuanan melayu Islam di negara ini andai arak pun bebas dijual, diminum dan didapati di negara ini.

Baginda Nabi S.A.W terkenal dengan sifat lemah dan pemaaf. Tetapi dalam isu arak ini baginda sangat tegas terhadap orang yang terlibat dengan ibu segala maksiat ini.

Anas R.A berkata;

"Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah melaknat 10 orang yang berkaitan dengan arak;
pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan pemesannya."
 [HR. al-Tarmizi, Abu Daud, Ibn Majah & Ahmad]

Wallahualam

*Gusar dengan kes-kes kemalangan maut akibat pemandu mabuk







___________________________
Zulfikar Egar
Lajnah Agama
_____________________________

Comments