OLEH: Ustaz Zulfahdli Bin Mohd Razi
:: Masihkah Kau Lupa? ::
Apabila membaca kalam Allah, antara perkara yang paling banyak disebutkan oleh Allah adalah tentang Hari Kiamat. Perkataan Kiamat القيامة sahaja terdapat sebanyak 70 tempat dalam al-Qur'an.
Perkataan lain yang digunakan oleh al-Qur'an yang merujuk Hari Kiamat antaranya adalah:
1- al-Sa'ah الساعة (sebanyak 39 kali)
2- al-Haqqah الحاقة (sebanyak 3 kali)
3- al-Waqi'ah الواقعة (sebanyak 2 kali)
4- al-Ghashiah الغاشية (sebanyak 1 kali)
5- al-Qari'ah القارعة (sebanyak 4 kali)
6- al-Aazifah الآزفة (sebanyak 2 kali)
7- al-Rajifah dan al-Radifah الراجفة dan الرادفة (sebanyak 1 kali)
8- al-Saakhkhah الصاخة (sebanyak 1 kali)
9- al-Thaammah al-Kubra الطامة الكبرى (sebanyak 1 kali)
10- al-Akhirah الآخرة (sebanyak 115 kali)
11- Yaum al-Din يوم الدين (sebanyak 13 kali)
12- Yaum al-Hisab يوم الحساب (sebanyak 4 kali)
13- Yaum al-Jam'ei يوم الجمع (sebanyak 2 kali)
14- Yaum al-Fasl يوم الفصل (sebanyak 6 kali)
15- Yaum al-Ba'th يوم البعث (sebanyak 2 kali)
16- Yaum al-Talaaq يوم التلاق (sebanyak 1 kali)
Juga puluhan lagi nama-nama dan sifat-sifat lain bagi hari Kiamat. Pun begitu, masih terlalu ramai yang lupa tentang kedatangan Kiamat.
___________________________
Ustaz Zulfadhli Bin Mohd Razi
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment