Adab Seekor Lalat Tahi

OLEH: Zulfikar Egar

Ada orang berkata;

"Adab itu ibarat tepung, Ilmu itu gulanya. Hendak buat masakan dicampur keduanya, dah tentu tepung itu kena banyak berbanding gula".

Justeru itu belajar beradab dulu adalah lebih molek sebelum menuntut ilmu.

Orang di Malaysia ini, lebih-lebih lagi di media sosial. Kalau isu yang diulas itu kena dengan selera mereka, dipuji melambung. Kalau berbeza pendapat, terus dihentam tanpa adab.

Lagi teruk bagi mereka yang telah terjerumus ke dalam kancah politik demokrasi kuffar.

Lihat saja musibah yang menimpa mereka yang taksub pada politik kepartian. Baik daripada pihak parti kerajaan mahupun daripada pihak parti pembangkang.

Kedua-duanya langsung tidak menjaga tutur kata mahupun jari-jemari ketika menaip di media sosial. Obses melampaui batas pada parti pujaan mereka.

Alangkah buruk akhlak mereka. Bagaikan seekor lalat tahi. Walaupun di tempat yang baik pun, pasti akan cari benda yang kotor.

Tidak berpuas hati, itu soal kedua. Utamakan adab terlebih dahulu lebih-lebih lagi dengan siapa kita berbicara. Sama ada di alam realiti mahu pun di alam maya.

Adakah adab sopan santun sudah hilang di kamus orang melayu pada hari ini?

Jika benar, sungguh pihak kafir Barat telah berjaya dengan agenda mereka untuk melaga-lagakan umat Islam supaya bertelagah demi politik demokrasi kufur ciptaan mereka.

Sedih sungguh...

Sampai ke hari ini masih ramai yang meroyan bila Datuk Seri Mufti Wilayah Persekutuan keluarkan kenyataan yang tak kena dengan selera mereka.

Diserang habis-habisan Facebook Page beliau. Tiada langsung perasaan hormat di hati mereka.Terserlah sungguh ketaksuban masing-masing.

Hormatlah ruangan komen Datuk Mufti itu. Andai tidak berpuas hati sekali pun, adab itu kenalah jaga. Sabarlah, tahan perasan amarah itu. Ingatlah ada malaikat yang mencatit setiap apa yang kita lakukan.

Langsung tiada perasan malu mempamerkan akhlak buruk dengan menaip kata-kata celaan yang tidak sepatutnya sebagai orang Islam.

Allahul Mustaan.

Sabarlah Datuk Mufti. Semoga dipermudahkan urusan. Moga Allah S.W.T merahmati Datuk Seri Mufti dalam menjalankan tanggungjawab pada ummah dan negara ini.

Hanya orang yang waras sahaja akan lihat ketelusan dan kejujuran Datuk Mufti dalam berhukum. InsyaAllah.

Wallahualam.

*Jangan Jadi Khawarij

___________________________
~Zulfikar Egar~
Lajnah Agama
_____________________________

Comments