Benarkah 'Gong Xi Fa Cai' Bukan Bermaksud 'Selamat Tahun Baru'!

OLEH: Zulfikar Egar

Ramai di kalangan kita orang melayu ingat ucapan Gong Xi Fa Cai itu bermaksud 'Selamat Tahun Baru'.

Persoalannya benarkah begitu?

Saya tertarik dengan penjelasan saudara Firdaus Lee berhubung maksud ucapan tersebut apabila ada orang bertanya padanya.

Apa maksud sebenar Gong Xi Fa Cai tu dan konotasinya?

Jawab beliau;

Gong Xi (恭喜 ) bermaksud 'Tahniah':
Tahniah kerana berjaya dalam peperiksaan.

Fa Cai (发财 ) pula bermaksud 'Menjadi Kaya':
Mendapatkan banyak wang atau kenaikan pangkat (yang membawa kepada kemewahan).

Jika difahami secara literal makna "Gong Xi Fa Cai' itu, seperti tiada masalah. Hanyalah ucapan yang umum.

Tetapi menurut Saudara Firdaus Lee lagi, bagi
kaum Tiong Hua sudah tentu ucapan tersebut tidak menyandarkan kekayaan dan kemewahan (rezeki) mereka kepada Allah S.W.T.

Pada kepercayaan mereka, dewa kekayaan lah yang memberikan rezeki kepada mereka.

Oh! Nampaknya ada unsur akidah atau kepercayaan yang bertentangan dengan Islam di situ.

Ini kerana dalam Islam, hanya Allah S.W.T jualah yang memberi rezeki.

Ini berdasarkan firman-Nya;

"...Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". [Surah Ali ‘Imran, ayat 27]

“…Sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak dikira.” [Surah Ali ‘Imran, ayat 37]

“…Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturan-Nya).” [Surah al-Baqarah, ayat 212]

Masakan kita sebagai muslim percaya ada kuasa lain yang memberi rezeki kepada makhluk selain Allah? Nauzubillahi minzalik.

Baik. Jika ucapan Gong Xi Fa Cai bukan bermaksud Selamat Tahun Baru.

Jadi apa sebutan Selamat Tahun Baru dalam bahasa cina ya?

Sebutannya ialah Xin Nian Kuai Le
(新年快乐)

Wallahualam.



___________________________
~Zulfikar Egar~
Lajnah Agama
_____________________________

Comments