OLEH: Ustaz Abid Annuriyy
اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ..
Allahumma anta rabbii laa ilaha illa anta, khalaqtanii wa ana ‘abduka wa ana ‘ala ‘ahdika wa wa’dika mas-tatha’tu. A’udzu bika min syarri maa sana’tu. Abu’u laka bi ni’matika ‘alayya, wa abu-u bi dzanbii. Faghfir lii, fainnahu laa yaghfiruz dzunuuba illa ant.
.“Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada ilah yang benar dan berhak disembah melainkan Engkau, Engkaulah yang menciptakanku dan aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku pada-Mu (iaitu aku akan sentiasa mentauhidkan-Mu) semampuku (untuk meninggalkan segala syirik) aku yakin akan janji-Mu (berupa syurga untukku sekiranya daku bertawhid dan meninggalkan segala syirik). Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang daku lakukan. Aku mengakui segala nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui segala dosaku. Oleh kerana itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau.” Sahih (Dibaca 1 kali). sahih al-Bukhari.
.
Faedah dan Kelebihan: Sesiapa mengucapkan zikir ini pada waktu pagi dalam keadaan (ilmu dan) penuh keyakinan, lalu ia mati pada hari tersebut sebelum waktu petang, maka ia termasuk penghuni syurga. Sesiapa yang mengucapkannya pada waktu petang atau malam dalam keadaan penuh keyakinan, lalu ia mati sebelum pagi, maka ia termasuk penghuni syurga. (Sahih al-Bukhari).
.
Wajib melafazkan tawhid dan istighfar dengan ilmu, kefahaman, jujur, mahabbah dan yaqin (itiqad). Meninggalkan segala syirik. Merendahkan diri dan takut, khusyu’ tanpa lalai.
___________________________
Ustaz Abid Annuriyy
Pendakwah Bebas
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
Sejarah: https://revolusimelayubaru.blogspot.com/
Sejarah: https://revolusimelayubaru.blogspot.com/
_____________________________

Comments
Post a Comment