OLEH: Ustaz Abu Sufian Bin Shafie
Dia cakap, dia cepat naik angin dan marah (dan disertai suara tengking) dengan kelakuan isterinya.. Kadang-kadang bila tegur berulang kali pun, tetap mengulangi kesilapan.
Saya tanya, besar sangat kesalahan isteri tu sampai kena tengking?.. Dia cakap bukannya kesalahan besar.. Kadang-kadang tertinggal barang dalam perjalanan, lambat bersiap jika nak ajak ke mana2.. Kadang-kadang membeli belah pun lambat, beli barang yg saya rasa tak perlu.. Membazir duit je.
Saya beritahu dia, boleh katakan semua lelaki dan suami diuji seperti itu diawal perkahwinan.. Cepat marah dan melenting dgn kesilapan dan kecuaian isteri.. Namun jaga-jaga.. Di situ lah peranan Syaitan akan masuk jarum utk menghancurkan rumahtangga..
Saya ada beberapa nasihat untuk masalah seperti ini, kerana pada awal perkahwinan dahulu, saya juga mengalami masalah ini.. Baru kahwin, masih belajar jadi seorang suami, isteri pun masih belajar nak kenal suami.. Itulah saat paling kritikal dalam rumahtangga..
1. Wanita dijadikan Allah dari tulang yang bengkok.. Lemah dari segi fizikal dan pertimbangan emosinya.. Sepatutnya seorang suami tahu, berkata kasar tidak mampu membaiki seorang wanita.
Lihat lah kelemahan wanita itu sesuatu yang 'cute' n 'sexy'. Bila isteri buat kesalahan, pasti air muka dia berubah, takut di marahi suami.. Cuba lah pandang muka isteri, pasti ada 'kecomelan' disitu.. Kita suami yang macho cuma senyum, cuit sikit pipi, kucup dahinya.. Pasti amarah diri hilang begitu saja.. Bukan payah pun jadi sweet ni!.
2. Ingatlah syaitan sentiasa mencari jalan untuk membinasakan rumahtangga kaum Muslimin.. Jangan bagi Syaitan menang...kalahkan syaitan dengan mempertahankan rumahtangga anda!.
Perhatikan hadis berikut di mana Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
إِنَّ إِبْلِيسَ يَضَعُ عَرْشَهُ عَلَى الْمَاءِ ثُمَّ يَبْعَثُ سَرَايَاهُ فَأَدْنَاهُمْ مِنْهُ مَنْزِلَةً أَعْظَمُهُمْ فِتْنَةً. يَجِيءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ: فَعَلْتُ كَذَا وَكَذَا! فَيَقُولُ: مَا صَنَعْتَ شَيْئًا. قَالَ ثُمَّ يَجِيءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ: مَا تَرَكْتُهُ حَتَّى فَرَّقْتُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ امْرَأَتِهِ. قَالَ: فَيُدْنِيهِ مِنْهُ وَيَقُولُ: نِعْمَ أَنْتَ!.
Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas air. Kemudian dia mengutuskan para tenteranya (untuk memfitnah manusia).
Di antara para tentera itu, mereka yang memiliki kedudukan yang paling hampir dengannya ialah yang paling hebat dalam membuat fitnah.
Salah seorang dari tentera itu datang dan berkata: “Saya telah melakukan sekian-sekian!” Iblis menjawab: “Kamu belum melakukan apa-apa.”
Kemudian datang seorang tentera yang lain dan berkata: “Tidaklah saya meninggalkan (orang yang saya ganggu) sehinggalah dia menceraikan isterinya.” Iblis menghampiri tentera itu dan berkata: “Anda hebat!"
[Shahih Muslim 5032/2813-2]
Oleh itu bagi semua pasangan suami isteri, bersederhanalah dalam berkonflik. Konflik rumahtangga pasti akan berlaku, bahkan kadang ada kebaikan di sebaliknya.
Namun dalam berkonflik, janganlah berlebih-lebihan kerana yang sedemikian hanya akan memenangkan syaitan.
Adapun berbangga-bangga dalam mengikuti hasutan syaitan sehingga berterima kasih kepada syaitan, maka ia adalah tindakan yang menyelisihi perintah Allah s.w.t. dalam al-Qur'an.
Allah mengingatkan kita bahawa syaitan adalah musuh, maka hendaklah kita menjadikannya sebagai musuh. Ajakan atau hasutan syaitan hanya akan membawa kita ke neraka.
Firman Allah,
إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا ۚ إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ.
Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh; sebenarnya ia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.
[Fatir 35:06]
3. Suami yg macho mesti bersikap seperti superhero.. Yang sentiasa muncul menyelamatkan kaum yang lemah seperti wanita.
Jika lihat isteri lupa buang pampers anak, kita lah yang tolong buangkan.. Jika ada bahagian rumah yang isteri lupa kemas, kitalah yg kemaskan.
Percayalah isteri pasti seronok dan rasa juga 'bersalah' jika lihat suami yang macho tolong mopkan lantai dapur. Namun takpe lah, kita beritahu je isteri.. "Takpelah sayang, dapur ni biar abang buat, sayang pergilah tengok anak-anak tu"..
Merupakan kebiasaan dan sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam membantu pekerjaan isterinya di rumah.
‘Aisyah radhiallahu ‘anha berkata:
كَانَ فِي مِهْنَةِ أَهْلِهِ فَإِذَا حَضَرَتِ الصَّلاَةُ قَامَ إِلَى الصَّلاَةِ
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam kesibukan membantu isterinya, dan jika tiba waktu shalat maka beliaupun pergi shalat”.
(HR Bukhari)
Hal ini merupakan sifat tawadhu’ (rendah hati) Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan mencontohkan pada manusia, padahal beliau adalah seorang pimpinan dan tertinggi kaum muslimin. Boleh jadi ada suami yang merasa diri menjadi rendah jika melakukan perbuatan dan pekerjaan rumah tangga kerana ia adalah orang besar dan berkedudukan bahkan boss di tempat kerjanya.
Ibnu Hajar al-Asqalani berkata menjelaskan hadits ini:
من أخلاق الأنبياء التواضع ، والبعد عن التنعم ، وامتهان النفس ليستن بهم ولئلا يخلدوا إلى الرفاهية المذمومة
“Di antara akhlak para nabi adalah tawadhu’ dan sangat jauh dari suka bersenang-senang (bermewah-mewah) dan melatih diri untuk hal ini, agar mereka tidak terus-menerus berada pada kemewahan yang tercela (mewah tidak tercela secara mutlak).”
(Fathul Bari kitab adab hal. 472)
Membantu isteri boleh dilakukan dengan pekerjaan sederhana, terkadang membantu hal yang sederhana saja sudah membuat senang dan bahagia para isteri, misalnya menyapu, mencuci piring dan lain-lainnya.
Dalam hadits lainnya:
‘Aisyah menceritakan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengerjakan hal-hal sederhana untuk membantu isteri-isteri beliau seperti mengangkat baldi dan menjahit bajunya.
عن عروة قال قُلْتُ لِعَائِشَةَ يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِيْنَ أي شَيْءٌ كَانَ يَصْنَعُ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا كَانَ عِنْدَكِ قَالَتْ مَا يَفْعَلُ أَحَدُكُمْ فِي مِهْنَةِ أَهْلِهِ يَخْصِفُ نَعْلَهُ وَيُخِيْطُ ثَوْبَهُ وَيَرْفَعُ دَلْوَهُ
Urwah berkata kepada Aisyah, “Wahai Ummul Mukminin, apakah yang dikerjakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam jika ia bersamamu (di rumahmu)?”, Aisyah berkata: “Ia melakukan (seperti) apa yang dilakukan oleh salah seorang dari kalian jika sedang membantu isterinya, ia memperbaiki kasutnya, menjahit bajunya, dan mengangkat air”.
(HR Ibnu Hibban)
Ini adalah bentuk muamalah yang baik kepada isteri dan diperintahkan dalam AL-Quran.
Allah berfirman:
وعَاشِرُوْهُنَّ بِالمَعْرُوْف
“Dan pergaulilah mereka (isteri-isteri kalian) dengan cara yang ma’ruf”
(QS An Nisaa’:19)
Dan firman Allah:
وَلَهٌنَّ مِثْلُ الَّذِيْ عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوْف
“Dan hak mereka semisal kewajiban mereka dengan cara yang ma’ruf”
(QS Al Baqarah: 228)
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ خُلُقًا
‘Sebaik-baik kalian adalah yang terbaik akhlaknya terhadap isteri-isterinya”
(HR At-Tirmidzi As-Shahihah no 284)
Jadilah raja yang hebat yang memimpin rumah tangga, mengekalkannya sehingga akhir hayat dan pimpinlah mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
Mudah je kan?.. Ingat!.. Jangan bagi Syaitan menang!
___________________________
~ Ustaz Abu Sufian Bin Shafie ~
Pendakwah Bebas
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
Sejarah: https://revolusimelayubaru.blogspot.com/
Sejarah: https://revolusimelayubaru.blogspot.com/
_____________________________

Comments
Post a Comment