OLEH: Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi
Apalagi hakikatnya perayaan yang dikatakan "perayaan budaya" itu semestinya diselit dengan unsur-unsur kepercayaan dan keagamaan bukan Islam, atau sekurang-kurangnya mengandungi syiar mereka.
Islam menolak semua itu. Sebab itulah, perayaan-perayaan budaya Arab jahiliah dihapuskan oleh Islam. Tidak pernah baginda menyambutnya dengan alasan "perpaduan," "toleransi," atau "dakwah" kepada masyarakat Arab yang belum Islam.
Dalam riwayat Ahmad dengan sanad yang sahih, apabila ada sahabat memberitahu tentang dua hari perayaan jahiliah yang diisi mereka dengan hiburan dan permainan, Rasulullah SAW menjawab:
إِنَّ اللهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا: يَوْمَ الْفِطْرِ، وَيَوْمَ النَّحْرِ
"Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dengan yang lebih daripada kedua-duanya (iaitu) hari raya Aidilfitri dan Aidiladha."
___________________________
~ Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi ~
Unit Asatizah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
_____________________________

Comments
Post a Comment