Dua Jenis Pendakwah

OLEH: Ustaz Idris Sulaiman

Menurut Syeikh Raslan,

Pendakwah terbahagi kepada dua:

PENDAKWAH yang MENYERU ke JALAN ALLAH secara jujur dan ikhlas, yang menelusuri jalan yang benar tanpa kecacatan atau penyimpangan.

Golongan jenis pendakwah ini telah bermula dengan Nabi Muhammad sallalahu alaihi wasallam.

PENDAKWAH jenis kedua ialah golongan pendakwah yang MENYERU kepada DIRI MEREKA SENDIRI.

Mereka menyeru manusia BUKAN kepada menyembah Tuhan yang benar, sebaliknya supaya MANUSIA MENGIKUT DI BELAKANG mereka.

Kata-kata dan tindak tanduk mereka semuanya berkisar tentang DIRI MEREKA.

Pendek kata, segalanya berpusat kepada mereka.

Golongan ini sedaya upaya mahu supaya NAMA mereka DIJULANG sehingga mereka sendiri terpedaya dengan kemasyhuran, populariti dan pengikut yang ramai.

Jangan terkejut sekiranya mereka LEBIH RELA supaya PENGIKUT mereka TERUS JAHIL supaya mereka kekal relevan dan tiada sesiapa dapat menggugat kedudukan mereka.

Lumrah jika ‘ilmu’ mereka hanya berkisar ‘tips-tips’, bacaan-bacaan zikir dan doa-doa (daripada rekaan khas mereka) di samping menyibukkan para pengikut dengan perbahasan ‘ISU-ISU SEMASA’ tanpa menerangkan kunci asas-asas dan kaedah-kaedah pokok Agama di samping perincian-perincian AKIDAH dan AMAL IBADAH.

Kesudahannya, AGAMA itu hanyalah satu wasilah bagi mereka untuk DISALAH GUNA bagi KEPENTINGAN-KEPENTINGAN PERIBADI mereka.

Sedangkan Allah berfirman:

قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “INILAH JALANKU, aku dan orang-orang yang mengikutiku, MENYERU MANUSIA KEPADA (AGAMA) ALLAH berdasarkan kepada keterangan dan bukti yang jelas nyata.”
[Surah Yusof; 12:108]

Iaitu JALAN BERAGAMA berteraskan kepada AL-QURAN dan AS-SUNAH yang sahih, sejajar dengan KEFAHAMAN PARA SAHABAT.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan perlindungan.


Syeikh Raslan hafizahullah seorang pendakwah Sunah besar di Mesir.


___________________________
 Ustaz Idris Sulaiman
_____________________________

Comments