Berkata Benar Namun Berdosa

OLEH: Shahrul Aiman

Berkata benar merupakan salah satu sifat mu’min. Tetapi berkata benar kalau bukan pada tempatnya juga merupakan satu sifat mereka yang fasik. Ramai yang menyangkakan bahawa mengumpat itu sekadar berkata yang buruk dibelakang seseorang. Sebenarnya ia lebih mudah berbanding itu. Ghibah(mngumpat) secara mudahnya bermaksud “mengatakan sesuatu yang tidak disukai oleh orang tersebut”. Tidak kira samada ia sesuatu yang bersifat(bagi kita) positif mahupun negatif, tetapi bila perbicaraan tersebut tentang individu yang tiada dalam majlis, maka ia dikategorikan sebagai ghibah.
Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

“Tahukah engkau apa itu ghibah?” Mereka menjawab, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.” Ia berkata, “Engkau menceritakan keburukan saudaramu yang dia tidak suka untuk didengari orang lain.” Baginda ditanya, “Bagaimana jika yang diceritakan adalah benar?” Jawab Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Jika ia adalah benar, engkau telah mengghibahnya. Jika tidak, berarti engkau telah memfitnahnya.”
 (HR. Muslim no. 2589).

Mengumpat disisi Imam Nawawi ialah, menyebutkan tentang kebenaran orang lain ketika mana orang tersebut tidak berada bersama. (Syarh Sahih Muslim, 16: 129)

Sabda Nabi Shallahu ‘alaihi wasallam.

“Ketika aku dibawa naik, aku melalui suatu kaum yang memiliki kuku dari tembaga yang dengannya mereka mencakar-cakar wajah dan dada mereka. Aku bertanya, ‘Wahai Jibril, siapakah mereka?’ Jibril menjawab, ‘Mereka adalah kaum yang telah memakan daging orang lain dan memijak-mijak kehormatan mereka’.” 
(HR. Abu Dawud no. 4878 dari sahabat Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu dan disahihkan oleh asy-Syaikh al-Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud no. 4082 dan dalam ash-Shahihah no. 533)

Penulis telah menyedari bahawa mengumpat ini sesuatu yang mudah disebut oleh bibir, terkadang kita melihat artis, tokoh, atau individu terkenal, maka automatik mulut kita memberi komen yang tidak sewajarnya dan dikongsikan kepada sahabat atau orang yang rapat dengan kita. Ini satu masalah yang besar dihadapi dalam kalangan masyrakat kita dan saya telah perhatikan bahawa masyarakat kini sering mengumpat tanpa sedar, melalui “pandangan peribadi” didalam laman sosial.

Rujukan :

https://rumaysho.com/9198-ghibah-itu-apa.html

https://asysyariah.com/kekejian-berupa-memakan-bangkai-saudara-sendiri/


___________________________
Shahrul Aiman
_____________________________

Comments