OLEH: Taufiq Tuah
1. Tidak akan ada dua kebenaran. Jika pandangan yang satu itu silap, maka ia silap. Ia bukannya 'kurang betul'... walaupun ulama mendapat pahala ijtihad, tp bkn pahala itu kerana 'kurang betul'.
2. Maka sewenang-wenangnya lah kita jelaskan, "yang ini benar, dan yang ini silap".. mengatakan bahawa "yg itu kurang benar" tidaklah menjadikan anda 'berlapang dada', sebaliknya hanya menjadikan anda menyembunyikan hak.
3. Berlapang Dada juga bukan bermaksud kalian bermuka-muka. Berkata orang lain benar tetapi didepan orang lain, mengatakan pandangan sebaliknya. Kukuhkan pandangan anda tak kira dihadapan siapa pun.
4. Berlapang dada juga tidak boleh kepada ajaran2 sesat. Memberi ruang kepada mereka untuk bersuara ialah termasuk berlembut dan bersubahat dengan ajaran mereka. Jangan pula kita menyalah gunakan istilah 'berlapang dada' demi redha manusia.
5. Berlapang dada itu sendiri bermaksud, tidak risau dan tidak khuatir. Bagaimana mungkin kita boleh tidak khuatir kepada ajaran sesat?
6. Kesimpulan: Di antara dua ijtihad, pasti hanya satu sahaja yang benar. Maka satu lagi ialah pandangan yang silap. Tidak ada dua kebenaran.
Khilaf Muktabar macam mana? Tetap juga hanya satu kebenaran. Cuma pengadaptasian kita (sebagai tholibul ilmi) untuk berhadapan dengannya perlu diperincikan lagi. Wallahualam
___________________________
Taufiq Tuah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
_____________________________

Comments
Post a Comment