Cara-Cara Pelaksanaan Solat Malam/Tarawih

OLEH: Ustaz Idris Sulaiman

CARA PERTAMA: 13 RAKAAT
Memulakan solat dengan dua rakaat yang ringkas.

Dua rakaat ini sebetulnya ialah dua rakaat ba’diyyah Isyak atau dua rakaat khas pembuka solat malam.

Kemudian dikerjakan dua rakaat yang sangat panjang, diikuti dengan dua rakaat yang lebih ringkas daripadanya.

Setelah itu dikerjakan dua rakaat yang lebih ringkas, dua rakaat yang lebih ringkas dan dua rakaat yang lebih ringkas lagi.

Setelah itu dilakukan satu rakaat witir.

[ 2 & 2 & 2 & 2 & 2 & 2 & 1 = 13 rakaat ]



CARA KEDUA: 13 RAKAAT
Dilakukan LAPAN RAKAAT dengan memberi salam di antara setiap dua rakaat.

Setelah itu dilakukan LIMA RAKAAT tanpa duduk dan salam kecuali pada rakaat kelima.

[ 2 & 2 & 2 & 2 & 5 = 13 rakaat ]



CARA KETIGA: 11 RAKAAT
Dilakukan dengan MEMBERI SALAM PADA SETIAP DUA RAKAAT dan diakhiri dengan satu rakaat witir.

[ 2 & 2 & 2 & 2 & 2 & 1 = 11 rakaat]



CARA KEEMPAT: 11 RAKAAT
Dilakukan EMPAT RAKAAT DENGAN SATU SALAM (sama ada dengan duduk tasyahud pada rakaat kedua ATAU dengan hanya duduk pada rakaat keempat).

Setelah itu dilakukan EMPAT RAKAAT LAGI SEPERTI YANG PERTAMA.

Setelah itu dilakukan TIGA RAKAAT DENGAN HANYA SATU SALAM (hanya duduk pada rakaat ketiga; tiada tasyahud awal).

[ 4 & 4 & 3 = 11 rakaat ]



CARA KELIMA: 11 RAKAAT
Dilakukan LAPAN RAKAAT dengan hanya duduk pada rakaat kelapan untuk bertasyahud dan berselawat ke atas Nabi ﷺ tanpa memberi salam.

Setelah itu bangkit dan tambah SATU RAKAAT dan beri salam. Ini menjadikan jumlahnya SEMBILAN RAKAAT.

Setelah itu dilakukan DUA RAKAAT SECARA DUDUK.

[8 rakaat kemudian duduk bertasyahud & bangkit melakukan 1 rakaat kemudian salam & 2 rakaat dalam keadaan duduk]

[9 & 2 = 11 rakaat]



CARA KEENAM: 9 RAKAAT
Dilakukan SEMBILAN RAKAAT dengan hanya duduk pada rakaat keenam untuk bertasyahud dan berselawat ke atas nabi ﷺ tanpa memberi salam.

Setelah itu bangkit dan tambah SATU RAKAAT dan beri salam. Ini menjadikan jumlahnya TUJUH RAKAAT.

Setelah itu dilakukan DUA RAKAAT SECARA DUDUK.

[6 rakaat kemudian duduk bertasyahud & bangkit melakukan 1 rakaat kemudian salam & 2 rakaat dalam keadaan duduk]

[7 & 2 = 9 rakaat]

Ini adalah cara-cara yang SABIT daripada Nabi ﷺ secara nas daripada Baginda.

Dibolehkan melakukan cara-cara yang lain dengan dikurangkan bilangan rakaat daripada setiap satu cara yang telah dinyatakan sehingga akhirnya kadar yang paling minimum ialah SATU RAKAAT SAHAJA.

Ini berdasarkan sabda Baginda ﷺ:

الوِتْرُ حَقٌّ ، فَمَنْ شَاءَ فَلْيُوتِرُ بِخَمْسٍ ، وَمَنْ شَاءَ فَلْيُوتِرُ بِثَلَاثٍ، وَمَنْ شَاءَ فَلْيُوتِرُ بِوَاحِدَةٍ

“Witir itu adalah benar. Barang siapa mahu maka bolehlah dia mengerjakan lima (rakaat solat witir), barang siapa mahu maka bolehlah dia mengerjakan tiga (rakaat solat witir), dan barang siapa mahu maka bolehlah dia mengerjakan satu (rakaat solat witir).”
[Hadis sahih. Riwayat at-Tahawi, al-Hakim dan yang lain.]

Ini merupakan kepelbagaian dalam mengerjakan Solat Tarawih dan Solat Witir.

Dalam masa yang sama, tidak dinafikan bahawa CARA YANG AFDAL ialah CARA KETIGA iaitu dikerjakan sepuluh rakaat dengan memberi salam pada setiap dua rakaat, lalu disudahi dengan satu rakaat.

[ 2 & 2 & 2 & 2 & 2 & 1 = 11 rakaat]

Ini bertepatan dengan hadis:

“Solat malam itu dua rakaat, dua rakaat.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim.]

Sekian.


___________________________
Ustaz Idris Sulaiman
_____________________________

Comments