Doa dan Tauhid

OLEH: Ustaz Abu Najla' Fariz Zainal

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِين

إقتباسات من جامع البيان للإمام إبن جرير الطبري في تفسير الآية ٦٠ من سورة غافر:

وقوله: ( وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ) يقول تعالى ذكره: ويقول ربكم أيها الناس لكم ادعوني: يقول: اعبدوني وأخلصوا لي العبادة دون من تعبدون من دوني من الأوثان والأصنام وغير ذلك ( أَسْتَجِبْ لَكُمْ ) يقول: أُجِبْ دعاءكم فأعفو عنكم وأرحمكم.

________________________________________________

عن النعمان بن بشير, قال: سمعت النبيّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم يقول: " الدُّعاءُ هُوَ العبادَةُ ".
________________________________________________

عن ابن عباس, قوله: ( ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ) يقول: وحَّدوني أغفر لكم.
________________________________________________

عن ثابت, قال: قلت لأنس: يا أبا حمزة أبلغك أن الدعاء نصف العبادة؟ قال: لا بل هو العبادة كلها.
________________________________________________

قيل لسفيان: ادع الله, قال: إن ترك الذنوب هو الدعاء.
وقوله: ( إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي ) يقول: إن الذين يتعظمون عن إفرادي بالعبادة, وإفراد الألوهة لي.
________________________________________________

Berdasarkan petikan-petikan tafsiran pada ayat 60 Surah Ghafir seperti dinukilkan oleh Al Imam At Tobari, kita boleh mengambil beberapa inti pengajaran, antaranya:

1. Doa adalah intisari ibadah. Berdoa membawa maksud beribadah kepada Allah.

2. Seruan berdoa kepada Allah dalam ayat di atas bererti beribadah dan mengikhlaskan diri dalam beribadah kepada Allah, tidak menyekutukanNya dengan suatu apa pun daripada berhala atau sembahan selainNya.

3. Berdoa kepada Allah bermakna mentauhidkan Allah lalu beroleh pengampunanNya.

4. Doa bukan hanya sebahagian atau separuh ibadah, tetapi pada hakikatnya doa adalah keseluruhan ibadah.

5. Mereka yang sombong daripada beribadah kepada Allah adalah mereka yang tidak mengesakan Allah dalam ibadah mereka.

6. Wajib memahami kalimah syahadah sebagai bermaksud "Tiada Tuhan yang berhak diibadahi melainkan Allah".

7. Doa bukan semata-mata permohonan hajat. Doa terbahagi kepada dua jenis. Pertama, Doa Ibadah - yakni keseluruhan jenis ibadah yang kita kerjakan (syahadah, Solat, Zakat, puasa, haji, sembelihan, nazar, tawakkal dll) dan kita mengharap redha, penerimaan dan pahala dari Allah, serta mendekatkan diri kepadaNya. Kedua, Doa Mas'alah - yakni doa permintaan untuk keluar dari kesulitan, menolak mudarat, mendapatkan manfaat, memohon hajat.

8. Sahabat, Tabi'in dan ulama' Salaf memahami tuntutan ayat di atas bahawa Tauhid adalah dasar segala ibadah.

9. Umat Islam kini ramai tidak tahu dan keliru dengan konsep doa. Tidak tahu jenis-jenis doa, dan mengabaikan Tauhid dalam beribadah.

10. Apabila keliru, maka jadilah apa yang terjadi, memohon perlindungan dan keselamatan daripada orang yang telah mati dianggap sebagai tawassul dan mengambil berkah. Ziarah kubur yang asalnya Sunnah, ditokok tambah dengan dendangan lagu meminta daripada si mati, menyembelih di kuburan, bernazar, tawaf di kuburan yang semuanya membatalkan Iman.

11. Semua itu syirik akbar, mengeluarkan seseorang daripada daerah Islam.

12. Apa jua jenis ibadah, hanya boleh ditujukan kepada Allah.

13. Salafussoleh memberi perhatian berat kepada Tauhid dalam ibadah. Tanpa risau sedikit pun pada celaan orang yang mencela.

14. Meninggalkan dosa juga adalah sebuah doa. Dan sebesar-besar dosa adalah dosa syirik.

15. Merasa cukup dengan pegangan dan amalan yang telah dicontohkan oleh Rasulullah sallalahu alaihi wasallam, para Sahabat radhiyallahu anhum dan pengikut mereka adalah nikmat agung yang wajib disyukuri dan diminta daripada Allah akannya.

Hanya dengan Tauhid, kita beroleh keampunan.


___________________________
Ustaz Abu Najla' Fariz Zainal
_____________________________

Comments