Kurma dan Mentega

OLEH: Ustaz Ahmad Fauzan Yahaya

Ada sebahagian dari kita, atau anak-anak kita susah nak habiskan walau sebiji kurma. Cuba ini. Kurma + butter. Masya Allah.

Rasanya pun lain. Sebahagian daripada cara nabi makan kurma ialah dengan mentega namun tidak dinyatakan pula caranya. Ini sebahagian dari cara yang terfikir untuk gabungkan antara kurma dan butter. Tapi pastikan butter asli yang boleh didapati mana-mana pasaraya. Butter asli pula ada dua, salted dan unsalted. Cuba jenama emborg agak sedap 😅

Sebagaimana hadith Abu Daud dan ibn Majah,

- دخل علينا رسول اللهِ صلى الله عليه وسلم ، فقدمنا زبدا وتمرا ، وكان يحب الزبد والتمر.
"Telah masuk (ke rumah kami) Rasulullah solallahu alaihi wasallam lalu kami menyediakan tamar dan mentega, dan beliau menyukai mentega dan tamar."
 (HR Abu Daud dan Ibn Majah, disahihkan oleh Syeikh Alalbani, Alsuyuti mengatakan ianya hasan di dalam AljamiAlsaghir)

Jadi terpulang nak cicah ke, nak belah tengah masukkan mentega seperti dalam gambar, atau makan mentega sesudu dan suap tamar kemudian atau mana - mana yang kalian suka.

Tapi, jangan guna buttercup or marjerin 😅. Bukan tak boleh.. Tapi agak tak kena dengan maksud زبد kat situ.
Boleh cuba mana-mana kurma. Kat atas tu kurma Ajwa.
___________________________
 Ustaz Ahmad Fauzan Yahaya
_____________________________

Comments