Mandi Pada Siang Hari Di Bulan Ramadhan

OLEH: Ustaz Ahmad Fauzan Yahaya

"along, jangan mandi bulan puasa ni, kurang pahala"

"angah! Apa ni asyik mandi je, makruh, silap2 batal kalau berkali kali"..

Ada beberapa pandangan orang tua bahawa mandi ketika siang pada bulan Ramadhan atau mandi seketika sebelum berbuka adalah makruh dan dicela syariat bahkan sebahagian pula mengatakan boleh mengurangkan pahala orang yang berpuasa.

Namun setiap hukum hatta makruh sekalipun ianya perlu dibawa dalil dan berhajat kepada nas nas yang jelas sebelum kita memakruhkannya..

‎لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بِالْعَرْجِ يَصُبُّ عَلَى رَأْسِهِ الْمَاءَ وَهُوَ صَائِمٌ مِنَ الْعَطَشِ أَوْ مِنَ الْحَرِّ.
“Sungguh, aku melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam di Al ‘Araj menjirus kepalanya dengan air kerana keadaan beliau yang sangat haus atau cuaca yang sangat panas sedangkan beliau dalam keadaan berpuasa. ” 
(HR. Abu Daud no. 2365)

Di dalam kitab Aunul Ma’bud menjelaskan hadis ini menjadi dalil bahawa dibolehkan menyegarkan badan dengan meletakkan air dikepala , sehagian atau keseluruhan badan dalam keadaan badan yang kehausan dan cuaca yang panas terik.

Sungguh kebenaran itu lebih kami cintai.


___________________________
Ustaz Ahmad Fauzan Yahaya
_____________________________

Comments