Sedekah Perlu Secara Zahir atau Sembunyi?

OLEH: Ustaz Idris Bin Sulaiman


Tidak dinafikan bahawa MENYEMBUNYIKAN SEDEKAH lebih afdal sebagaimana dalam hadis 7 golongan yang bernaung di bawah bayang-bayang Arasy di Padang Mahsyar lalu disebutkan antaranya ialah orang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.

Hadisnya sahih dalam Bukhari dan Muslim.

Dalam masa yang sama ada keadaan di mana lebih afdal untuk MENZAHIRKAN SEDEKAH seperti untuk memberi galakan kepada orang lain untuk turut sama bersedekah.

Sebagaimana dalam hadis:

"Barangsiapa menunjukkan dalam Islam suatu jalan yang baik maka baginya pahalanya serta pahala orang yang mengikutinya..."
[Hadisnya sahih dalam Muslim]

Kerana itu ALLAH MEMUJI orang yang BERSEDEKAH secara ZAHIR dan secara SEMBUNYI dalam surah al-Baqarah, ayat 274.

Adapun mengandaikan bahawa orang yang BERSEDEKAH secara ZAHIR ialah orang yang menunjuk-nunjuk. Ini merupakan sesuatu yang tidak wajar.

Ini kerana SOAL NIAT merupakan perkara GHAIB. Hanya ALLAH yang tahu.

Oleh itu hendaklah ia diserahkan kepada ALLAH.

Kita hanya disuruh supaya MENGHUKUM seseorang secara ZAHIR.

Yang pastinya BERSEDEKAH merupakan suatu yang BAIK yang DIGALAKKAN oleh AGAMA.

Apa yang BAIK wajar DISOKONG.


___________________________
Ustaz Idris Bin Sulaiman
_____________________________

Comments