Syarat Pakaian: Tutup Aurat, Bukan Balut

OLEH: Dr Idris Sulaiman

Ramai mungkin keliru, lelaki dan perempuan menyangka bahawa menutup aurat boleh dilakukan dengan apa sahaja walaupun dengan mengenakan pakaian ketat pada bahagian aurat itu.
Ini salah malah dikira tidak menutup aurat dengan sempurna.
Kerana orangnya tidak menutup auratnya tetapi sekadar membalutnya.
Oleh yang demikian, perlu ditegaskan bahawa terdapat 6 syarat yang wajib dipatuhi dalam berpakaian iaitu:

1. Menutup aurat;
Lelaki: Pusat ke lutut;
Perempuan: Seluruh tubuh badan kecuali wajah dan kedua telapak tangan.

2. Tidak ketat sehingga menampakkan bentuk badan;
Pakaian tidak boleh ketat khususnya pada bahagian aurat; sebaliknya hendaklah longgar.

3. Tidak jarang menampakkan kulit;
Pakaian tidak boleh bersifat jarang sampai menampakkan warna kulit atau pakaian dalam.

4. Tidak menyerupai pakaian orang fasik atau kafir;
Perlu dielakkan pakaian yang sinonim dengan pakaian orang fasik atau kafir, dan sebaiknya hendaklah ia menzahirkan identiti Muslim pemakainya.

5. Tidak memakai pakaian 'syuhrah';
Iaitu pakaian yang bersifat lain daripada lain dan berbeza daripada pakaian biasa yang dipakai oleh orang-orang Islam.
Contohnya pakaian yang bercorak-corak dan berwarna-warni.

6. Lelaki tidak memakai pakaian perempuan manakala perempuan tidak memakai pakaian lelaki.

RUJUKAN
Jilbab al-Mar'ah oleh Imam al-Albani

CATATAN
Antara tanda akhir zaman ialah perginya orang-orang soleh dan munculnya wanita yang ‘berpakaian tetapi telanjang’.
[Sahih. Riwayat Muslim]


[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI


Comments