Nenek Tua Tidak Ada Yang Masuk Syurga?

OLEH: Bhenhar Jul Abdul Razak

Benarkah nenek tua tiada di syurga.?

Eyaa benar, kerana nenek tua yg masuk syurga akan menjadi gadis semula..

Imam at-Tirmidzi ada membawakan hadits dalam kitabnya Syamail Muhammadiyah dalam bab 'Sifat Gurauan Nabi' hadits no.205 iaitu,

Seorang nenek tua pernah mendatangi Nabi Sallallahu alaihi wasallam.. Nenek itu berkata: "Wahai Rasulullah, berdoalah kepada Allah agar Allah masukkan aku ke dalam syurga."

Nabi Salallallahu alaihi wassallam menjawab: "Wahai Ummu Fulan, syurga tidak mungkin dimasuki oleh nenek tua."

Nenek tua itu pun pergi sambil menangis.. Nabi Sallallahu alaihi wasallam pun bersabda:

"Khabarilah dia bahawa syurga tidak mungkin dia masuki sedang dia dalam keadaan tua, kerana Allah telah berfirman:

"Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya." - (Surah al-Waqi'ah ayat 35-37)

Mereka yg masuk syurga itu tiada yg tua, kerana semua ketika itu kembali muda..

Wallahu'alam.


___________________________
Bhenhar Jul Abdul Razak
_____________________________

Comments