Siri Mengusirkan Kaum Yahudi Dari Negara Madinah

OLEH: Abu Amru Radzi Othman

Dari Abu Hurairah r.a., katanya:

"Ketika kami berada dalam masjid, tiba-tiba Rasulullah saw. keluar mendapatkan kami dan beliau bersabda:

"Mari kita pergi ke tempat orang-orang Yahudi!"

Kami pergi bersama-sama dengan beliau. Setelah kami sampai ke tempat mereka, Rasulullah saw. berdiri di hadapan mereka dan beliau berseru kepada mereka:

"Hai, kaum Yahudi! Islamlah kamu sekalian, nescaya kalian selamat!"

Jawab mereka: "Hai, Abu Qasim! Engkau telah menyampaikan seruanmu kepada kami"

Sabda Rasulullah saw: "Begini! Aku ingin kalian masuk Islam supaya kalian selamat."

Jawab mereka: "Engkau telah menyampaikan seruanmu kepada kami, hai Abu Qasim"

Sabda Rasulullah saw: "Begitulah yang ku inginkan."

Beliau mengulang seruannya itu sampai tiga kali. Sesudah itu beliau bersabda:

"Ketahuilah! Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah dan Rasul-Nya. Aku mengusir kalian dari negeri ini. Siapa yang mempunyai harta di antara kamu sekalian, hendaklah dijualnya. Jika tidak, maka ketahuilah, sesungguhnya bumi ini milik Allah dan Rasul-Nya" (HR Muslim)

Kejadian ini berlaku ketika Abu Hurairah ada di Madinah. Ini bermakna ia berlaku sekitar 629M hingga 632 atau 7H hingga 10H. Iaitu dalam lingkung 3 tahun terakhir hayat Baginda.

Ketika ini, kedudukan Rasulullah saw sangat teguh dan umat Islam memiliki kekuasaan penuh atas jazirah Arab.

Pengusiran ini adalah lanjutan dari pengusiran Yahudi Bani Nadhir pada tahun 4H ke Khaibar. Pada 7H, bani Nadhir dihalau keluar dari negara Madinah dan seluruh wilayah jajahannya.

Berikut adalah Siri Pengusiran Kaum Yahudi yang mereka ini memang jahat:

(1) Bani Qainuqa dihalau keluar dari Negara Madinah pada 2H setelah mendokong Negara Makkah untuk menghancurkan Negara Madinah.

(2) Bani Nadhir dihalau dari Kota Madinah ke Khaibar pada 4H atas sebab mereka merancang membunuh Nabi dan melakukan pakatan dengan Negara Makkah.

(3) Bani Quraizah didapati khianat dan mendokong musuh dalam Perang Ahzab. Maka pada tahun 5H, kaum lelaki mereka dibunuh dan wanita mereka menjadi hamba.


___________________________
Abu Amru Radzi Othman
_____________________________

Comments