Gunung Uhud Ialah Sahabat Nabi?

OLEH: Ustaz Idris Sulaiman

Pandangan bahawa gunung Uhud di Madinah ialah Sahabat kerana ia telah melihat Rasulullah ﷺ adalah pandangan karut mirip falsampah sufi.

Tidak dinafikan bahawa Nabi ﷺ bersabda:

“Gunung ini (Uhud) ia mencintai kita dan kita mencintainya”.

Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim.

Kita yakin dan percaya dengan hadis sahih ini dan kita pun turut mencintai gunung Uhud.

Tetapi dakwaan bahawa gunung Uhud ialah Sahabat menyimpang sama sekali dan menyalahi definisi Sahabat itu sendiri.

Definisi Sahabat merujuk kepada manusia secara khasnya dan bukan yang lain iaitu mereka yang telah melihat Rasulullah ﷺ, beriman dengan baginda dan mati dalam keadaan Islam.

Catatan:
Istilah Tabi’in merujuk kepada generasi selepas zaman Sahabat yang bertemu dengan Sahabat dan mati dalam keadaan Islam.

Adakah ini bererti kita Tabi’in kerana telah menziarahi gunung Uhud dan melihatnya?


___________________________
Ustaz Idris Sulaiman
_____________________________

Comments