Nabi Pelarian? Lari dari Apa?

OLEH: Taufiq Tuah

NABI PELARIAN? Kenyataan biadap terhadap Nabi Muhammad salaallahu alaihi wasalam.

Dulu masa musim Rohingya naik, ada yang berhujah bahawa kita kena tolong Rohingya sebab nabi juga ialah pelarian. Saya juga berpandangan perlu bantu Rohingya, tapi tidaklah dengan berkata nabi ialah pelarian.

Hari ini, muncul pula Syiah yang dengan jelas berkata Nabi Muhammad ialah pelarian. Bulan April lalu ada juga artikel penulis Liberal yang membawa pandangan sama.Rupanya hujah ini dikongsi bersama orang jahil, orang Syiah dan orang Liberal.

Kita jelas bahawa hijrah nabi ialah PERINTAH ALLAH.

“Demi Allah, sesungguhnya engkau (Mekah) adalah bumi Allah yang terbaik, dan aku mencintai bumi Allah kerana Allah , jika tidak kerana aku diperintahkan untuk berhijrah, nescaya aku tidak akan keluar dari bumi ini.” (Hadis riwayat Ahmad)

Mengikut definisi pelarian, melarikan diri daripada sesebuah negeri. Adakah Nabi dan Muhajirin melarikan diri dari Mekah? Kalau ada yang kata "Ya", beritahu saya daripada apa yang baginda larikan? Musyrikin? Penderaan? TIDAK. Nabi tidak lari dari apa-apa sebaliknya hijrahnya ke Madinah hanyalah kerana PERINTAH ALLAH. Sebagaimana sabdanya di dalam hadis di atas. Wallahualam.


___________________________
Taufiq Tuah
_____________________________



Comments