OLEH: Ustaz Huzaifah Hadis
Solat bukanlah urusan peribadi. Solat merupakan tanggungjawab muslim bersama. Jikalau solat merupakan urusan peribadi, tidaklah hukuman meninggalkan solat terlalu dahsyat sehingga ulama berkhilaf tentang adakah jatuh ke dalam kekafiran ataupun tidak.
Hadith Jabir menyebut :
إن بين الرجل وبين الشرك والكفر ترك الصلاة
( Penghalang seseorang antara syirik dan kufur ialah meninggalkan solat- HR Muslim)
Menunjukkan bahawa solat bukanlah urusan peribadi seseorang tetapi urusan bersama.
Mengasingkan urusan solat dan menganggap bahawa ianya urusan peribadi ibarat mengasingkan amalan dan iman. Sedangkan iman itu bukanlah sekadar pengakuan dengan hati dan lidah sahaja, bahkan perlu kepada perlaksanaan dengan anggota tubuh.
Tidak lengkap syahadah jikalau hanya sekadar pengakuan lidah semata. Ia satu kesalahfahaman yang perlu diperbetulkan.
Manakala, menghukum secara general sesuatu kelompok itu tidak menjaga solat, ianya amatlah tidak wajar .Apatah lagi mereka merupakan benteng pertahanan dan keamanan negara. Sama seperti menghukum secara general bahawa golongan berkopiah dan agamawan ini selaku manusia suci, pun sama. Namun meminta maaf akibat keterlanjuran lidah, ianya satu perkara yang sangat terpuji.
Apa yang penting kedua-dua pihak, baik yg terlanjur berkata didalam menegur mahupun pihak yang ditegur, sama-samalah muhasabah diri.
Lebih utama lagi, isu rasuah dan pendakwaan berpilih, birokrasi didalam perlesenan, menghukum secara keras dan tegas pesalah bilis, manakala untuk jerung diberi ruang dan kelonggaran, itulah yang mesti dihighlightkan oleh media.
Masyarakat sedang menunggu jerung-jerung manakah yang dapat dipukat, bukan hanya sekadar penyitaan premis dan pembulian terhadap rakyat tempatan yang disusahkan dengan birokrasi lesen dan tempat strategik.

Comments
Post a Comment