Al-Wala' Wal Bara' Di Dalam Mengundi Dan Solusi

 OLEH: Ustaz Huzaifah Hadis

Oleh kerana bahang PRN/PRU semakin mendekat, ada beberapa isu yang sangat-sangat menimbulkan konflik dan tidak disukai oleh kelompok peminat kepartian.

Isu tersebut ialah al-Wala' Wal Bara'.

Di dalam Islam, ada satu kaedah yang dipanggil sebagai al- Wala' Wal Bara'.

Dalam isu mengundi ini, wala, cinta, kasih, undian bagi seseorang muslim hanyalah untuk muslim. Tidak dibenarkan ( Bara') bagi seseorang muslim mengambil seorang non muslim sebagai pemimpin dan ketua.

Terlalu banyak dalil berkenaan isu ini dan saya merasakan tidaklah perlu diterangkan lebih detail kecuali perlukan penjelasan. Ini kerana ia terlalu maklum sepertimana mentari di siang hari.

Namun, bagi golongan kepartian, mereka akan patuh dan taat bagi pemimpin mereka. Hatta jikalau diminta mengundi non muslim bagi kawasan mereka, mereka akan taat, patuh dan akur serta pelbagai dalil akan dikeluarkan seperti isu mudarat kecil, maslahah besar, fatwa berdasarkan tempat dan seumpamanya.

Jadi, bagaimanakah bagi masyarakat biasa?

Dalam perkara ini, isu ini cuma berlaku bilamana calon non muslim bertembung dengan calon muslim maka barulah isu ini timbul.

Jadi, cara yang terbaik kita mengikut strategi kelompok cina. Baik mereka berada dikawasan pemerintah atau bukan, mereka akan mengutamakan bangsa mereka sendiri. Tidak kira samada bangsa mereka betul atau salah yang penting, bangsa mereka mendapat untung dan laba.

Berbalik kepada isu diatas, bagi mengelakkan isu ini berlaku, sangat mudah sebenarnya, kita selaku pengundi yang tiada kepentingan apa-apa, boleh mencari area majoriti muslim yang memang secara tradisinya calon-calon disana merupakan golongan muslim.

Jadi, bila kita beralamat seperti tempat sedemikian, kita hanya memiliki pilihan samada mengundi muslim yang baik ataupun yang sebaliknya.

Adapun pihak atasan yang memberikan calon non muslim bagi tempat-tempat tertentu, itu kuasa mereka. 

Hakikatnya mana-mana pihak yang berjaya masih boleh melantik non muslim sebagai speaker bagi mengimbangi kedudukan  non muslim jikalau tiada non muslim yang menang didalam gabungan parti tersebut merupakan parti yang menang.

Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing, adakah perlu berkonflik memilih calon non muslim yang dicalonkan atau muslim?

P/s: Sepatutnya bagi kawasan muslim, biarlah pihak parti meletakkan muslim sahaja bertanding bagi mengelakkan konflik.

Tetapi strategi kepartian mengatasi segalanya. Apa yang boleh diubah hanyalah pilihan kita selaku muslim. Jikalau sesama muslim bersatu dan bersepakat memilih muslim sebagai pemimpin mereka, pihak atasan parti pun tidak mampu berbuat apa-apa melainkan mengikuti sahaja.


___________________________
Ustaz Huzaifah Hadis
_____________________________

Comments