Apa Urusan Agamawan Memberi Kredit Kepada Kelompok Syiah?

 OLEH: Ustaz Huzaifah Hadis

Alangkah baiknya jikalau mana-mana agamawan tidak memberi kredit kepada kelompok Syiah. Tidak kira atas tujuan apa sekalipun samada diplomatik, lawatan, ziarah dan sebagainya.

Samada ia bernama kedutaan ataupun lawatan negara. Ini berbeza sekiranya yang membuat kunjungan dan lawatan itu daripada golongan profesional dan pegawai kerajaan.

Lebih-lebih lagi kini, negara Iran sepertimana diketahui umum menggiatkan usaha dakyah syiah mereka menerusi pelbagai platform. Jikalau golongan agamawan lebih-lebih lagi agamawan yang berjenama "sunnah" pun turut terlibat, nescaya bahana yang buruk dan malapetaka yang lebih buruk akan menimpa masyarakat.

Dalam keadaan masyarakat yang masih teraba-raba dengan pegangan agama itu sendiri, ditambah pula syubhat-syubhat halus golongan Syiah, maka kedatangan kelompok agamawan akan memudahkan lagi usaha dakyah mereka memberikan nilai " positif " kepada golongan Syiah.

Tidak mustahil, daripada perasaan sangka buruk dan negatif akan menjadi neutral dan positif buat sebahagian pengikut agamawan yang masih cetek ilmunya lagi. Diikuti dengan syubhat-syubhat daripada golongan Syiah memudahkan untuk proses pen"syiah"an berlaku secara beransur-ansur tanpa sedar.

Dengan kepakaran mereka sejak ribuan tahun, men"syiah"kan masyarakat menggunakan bahasa emosi, tidak mustahil modus operandi yang sama turut dilakukan.

Akhirnya daripada perasaan simpati dengan cerita agama rekaan, terjebaklah satu persatu ke dalam agama mereka.

Manakan tidak, negara "sunnah" terbesar masih lagi bertungkus lumus didalam mengembalikan kelompok ini kepada sunnah yang tulen, bagaimana pula dengan masyarakat kita ini?

Adakah masih memandang mereka dengan mencari titik harmoni dan persefahaman?

Ataupun berhati-hati dengan helah dan makar tipu daya mereka?

P/s : Kalaupun ingin membuat lawatan, biarlah ianya secara rahsia dan tertutup. Tanda ketidak setujuan dengan akidah dan pegangan mereka.

___________________________
Ustaz Huzaifah Hadis
_____________________________

Comments