Potong Kuku dan Rambut: Ikut Tempat Wakil Korban

 OLEH: Dr Idris Sulaiman

Sesiapa yang mewakilkan sembelihan korbannya maka haiwan korbannya itu boleh disembelih selepas solat Hari Raya di mana wakilnya itu berada sekalipun tuan empunya korban mungkin berada di negara lain yang belum solat Hari Raya.

Jika haiwan korbannya sudah disembelih maka dibolehkan untuknya memotong rambut dan kukunya.

Dan selagi mana haiwan korbanya belum disembelih maka selagi itulah dia perlu tunggu dan tidak memotong rambut atau kukunya.

Tempoh masa untuk sembelih haiwan korban ialah empat hari, bermula selepas solat Hari Raya hingga matahari terbenam pada tanggal 13 Zulhijah.



[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI


Comments