Isteri Menjadi Suri Rumah, Di Mana Salahnya Di Zaman Moden Ini?

 OLEH: Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi

Jika isteri saya enggan bekerja dan mahu menjadi suri rumah sepenuh masa, wajarkah jiran saya yang kedua-dua suami isteri bekerja, berpangkat tinggi, dan bergaji besar mengatakan isteri saya pemalas?

Saya rasa tidak. Saya selaku suami sendiri langsung tidak merungut - malah lebih suka lagi jika isteri saya berada di rumah menguruskan rumah tangga sahaja - bagaimana patut orang luar membuat kesimpulan seperti itu?

Jika isteri saya bekerja untuk membantu mencukupkan keperluan keluarga kami pula atau kerana ingin menambah pendapatan sendiri, wajarkah jiran saya yang kaya dan isterinya tidak bekerja mengatakan saya menzalimi isteri?

Saya rasa tidak. Isteri saya sendiri suka, malah meminta untuk keluar bekerja kerana ia tahu bahawa gaji saya tidak cukup untuk keperluan kami atau kerana ingin hidup lebih selesa, bagaimana patut orang luar membuat kesimpulan seperti itu?

Membuat kesimpulan dan andaian tentang keluarga orang lain berdasarkan perasaan dan imaginasi sendiri - seperti yang dibuat oleh seorang wanita bodoh lagi hodoh terhadap keluarga Rasulullah SAW hari ini - adalah zalim dan biadap.

Khadijah, 'A'ishah, dan isteri-isteri baginda semuanya bahagia hidup dengan Rasulullah SAW. (Antara buktinya, apabila diberi pilihan untuk dilepaskan, isteri-isteri baginda memilih untuk setia.) Tiba-tiba, ada orang datang mengatakan "banyak yang Nabi buat terhadap isteri-isteri baginda, saya tidak setuju dan saya tidak suka."

___________________________
Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi
_____________________________

Comments