'Kemanusiaan' An-Nawawi Dalam Hadis Arbain

 OLEH: Abu Amru Radzi Othman

Imam An Nawawi menulis pada hadis ke 41 dalam kitab monumentalnya:

[Daripada Abu Muhammad Abdullah Ubn Amru Ibn Al Aas ra beliau berkata, Rasulullah saw telah bersabda: "Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehinggalah hawa nafsunya tunduk menuruti ajaran yang aku bawa". Hadis hasan sahih yang kami riwayatkannya dari kitab Al Hujjah dengan sanad yang shahih"] 

Ini adalah satu contoh 'kemanusiaan' Imam An Nawawi dan 'keberlangsungan' ilmu tahqiq hadis. 

Beliau yang wafat pada 676H merupakan seorang tokoh hebat di kurun 7H. Antara buku-bukunya yang mahsyur adalah Riyadhus Sholihin dan Syarah Shahih Muslim. 

Namun yang dikatakan manusia itu adalah makhluk yang pasti berbuat silap. Lalu jika ada manusia yang mengaku dirinya tidak pernah tersalah, maka sesungguhnya dia bukanlah seorang manusia! 

Justeru ucapan Imam An Nawawi berkenaan status hadis di atas adalah sebuah bukti bahawa beliau adalah seorang manusia, bukannya malaikat. 

Kerana para ulama mendapati hadis tersebut adalah dhaif (lemah) dan sanadnya bermasalah, bukannya hasan shahih dan sanadnya shahih seperti kata sang Imam. 

Antara tokoh yang mengkritik hadis ini dan menilai dhaif serta menjelaskan penyakitnya adalah Ibn Rajab (w 795H) dalam Jamiul Ulum Wal Hikam. 

Ibn Rajab adalah antara tokoh hadis pada kurun ke 8 Hijrah sebelum munculnya Ibn Hajar Al Asqalani (w 852H) di kurun seterusnya. 

Dari sini juga dapat kita perhatikan bahawa bidang takhrij hadis terus berlaku sehingga kini. 

Sebagai contohnya, kita telah menyaksikan banyak para ahli hadis telah berlalu menekuni bidang ini seperti Syeikh Ahmad Syakir, Syeikh Syuaib Al Arnauth, Syeikh Al Albani dan dan banyak lagi. 

Kerja takhrij hadis ini tidaklah terhenti sebagaimana sanad hadis yang telah tamat lama dahulu bila para ulama telah menuliskan segala hadis dalam kitab-kitab tadwin (seingat saya 'zaman periwayatan' tamat pada akhir kurun ke 4H). 

Apapun makna hadis ini shahih.

___________________________
Abu Amru Radzi Othman
_____________________________

Comments