OLEH: Ustaz Ahmad Fauzan Yahaya
Kata seorang sahabat saya dari Syria..
"jika kamu tahu apa yang telah kami saksikan Basyar dan tenteranya lakukan ke atas Ahlis Sunnah di sana dan keluarga kami , apa yang mereka sanggup lakukan untuk menyakiti kami ahlis sunnah, maka tidak akan tergerak di hati kamu untuk duduk bersama mereka.. "
Tidaklah saya ingin menghukum untuk bersangka buruk pada sahabt sahabat kita yang ada cara tersendiri dalam dakwah, namun saya dan mungkin yang lain juga tidak bersetuju dalam hal ini.
Sebagaimana kita ada berbeza dalam hal yang lain, sudah pasti kita juga punya perbezaan dalam isu ini. Ya benar, kesatuan dalam ahlis sunnah jadi keutamaan, namun berbeza antara kita bukan satu bentuk perpecahan.
Begitulah indahnya manhaj ini. Kita tidak kekal untuk bersetuju dan terus bersetuju dalam apa jua perkara dengan sesiapa sahaja kecuali atas apa yang kita yakini atas nama dalil yang kita imani.
Masing masing punya pandangan dalam dimensi yang berbeza. Maka jadikan ini sebahagian dari asam garam dakwah dan realiti kesan viral apatah lagi viral atas nama figura hebat. Sudah pasti kesannya difikirkan sebelum ianya dikongsi.
“Perumpamaan ahli bid’ah itu seperti kalajengking, mereka menyembunyikan kepala dan badan mereka di dalam tanah dan mengeluarkan ekornya maka jika mereka telah mantap dengan posisinya maka mereka menyengat mangsanya. Demikian pula ahli bid’ah, mereka menyembunyikan bid’ah di tengah-tengah manusia lalu apabila mereka telah mantap dengan kedudukannya mereka sampaikan apa yang mereka inginkan.” (Thabaqat Hanabilah 2/44)
Saya sayangkan sahabat-sahabat saya semua, tapi saya secara peribadi memilih untuk tidak mendekati "kala jengking" kerana saya tidak punya antibodi yang kuat untuk bersama dengan mereka, bahkan sengatan-sengatan mereka ke atas ahlis sunnah masih diingati dan dirasai oleh saya dan mungkin yang lain juga.
Bagi mereka yang memilih untuk berbeza, berbeza lah dengan adab dan akhlak.. Kerana akhlak ini menjadi asbab banyaknya manusia ke syurga.
أَكْثَرُ مَا يُدْخِلُ اَلْجَنَّةَ تَقْوى اَللَّهِ وَحُسْنُ اَلْخُلُقِ
“Yang paling ramai dimasukkan dalam syurgq adalah takwa kepada Allah dan akhlak yang mulia”
(HR Tirmizi)
Sekali lg, kita berbeza tapi bukan tanda ukhuwwah kita binasa.
أَللَّهُمَّ اهْدِنِيْ لِأَحْسَنِ الأَخْلَاقِ, فَإِنَّهُ لَا يَهْدِيْ لِأَحْسَنِهَا إِلَّا أَنْتَ وَاصْرِفْ عَنِّيْ سَيِّئَهَالَايَصْرِفُ عَنِّيْ سَيِّئَهَاإِلَّاأَنْتَ
“Ya Allah, tunjukkanlah aku pada akhlak yang paling baik, kerana tidak ada yang mampu menunjukkannya selain dariMu. Ya Allah, jauhkanlah aku dari akhlak yang tidak baik, kerana tidak ada yang mampu menjauhkannya dariku selain dari Mu
(HR Muslim)

Comments
Post a Comment