Apa Yang Kita Selalu Buat, Baca dan Dengar Akan Membentuk Pemikiran Kita

 OLEH: Ustaz Muhammad Fahmi Rusli

Apa yang kita selalu buat, selalu baca dan dengar, kesemua ini akan membentuk pemikiran kita.

Cuba kita lihat contohnya pada peribadi seorang ulama hadis bernama Abu Al-‘Abbās Al-Asom (الأصم)

Beliau pada suatu hari keluar dari masjid untuk mengumandangkan azan. Saat beliau berdiri di tempat azan, beliau kemudiannya dengan suara yang tinggi mengucapkan :

أَخْبَرَنَا الرَّبِيْع بنُ سُلَيْمَانَ، أَخْبَرَنَا الشَّافِعِيّ

Maksudnya : Al-Rabi’ bin Sulaiman telah mengkhabarkan kepada kami, Al-Syafi’e telah mengkhabarkan kepada kami.

Lalu beliau pun ketawa (kerana sepatutnya beliau laungkan azan, bukannya meriwayatkan hadis !) Dalam masa yang sama, orang ramai yang mendengarnya pun ketawa, dan kemudian barulah beliau memulakan azannya.

Rujukan : Siyar A’lām Al-Nubalā’, Al-Zahabi (15/458)

Inilah yang dimaksudkan. Apabila kita sibuk dan fokus kepada sesuatu, pasti pemikiran kita sentiasa terarah kepadanya.

Di media sosial, saya amat sarankan agar ‘circle’ kita merupakan mereka yang sentiasa kongsikan berkenaan ilmu yang bermanfaat, agar ia dapat membentuk peribadi kita, serta memberikan ketenangan pemikiran buat kita.

[Gerakan PENA Malaysia]

Comments