Ikhwan Muslimin Pengganas dan Sesat: Fatwa Badan Pembesar Ulama Arab Saudi

 OLEH: Ustaz Idris bin Sulaiman



Badan Pembesar Ulama Arab Saudi (Hai’ah Kibar Ulama) dalam kenyataannya baru-baru ini mengisytiharkan kumpulan Ikhwan Muslimin (IM) sebagai pengganas dan sesat kerana membawa matlamat-matlamat hizbiah (kepartian) yang bertentangan dengan syariat.

Kumpulan yang bertopengkan agama ini banyak melakukan perkara-perkara yang menyalahi Agama, memecah belah masyarakat Islam, melakukan kekacauan dan keganasan.

Justeru umat Islam disarankan supaya berwaspada dengan kumpulan ini, tidak menyertainya atau bersimpati dengannya.



CATATAN:

1. Sejarah Mesir (negara kelahiran IM) menunjukkan banyak pergolakan dalam negara disebabkan oleh anasir-anasir IM dan kemuncaknya ialah ‘Musim Bunga’ (Arab Spring) yang menyaksikan pemerintah digulingkan dan negara menjadi kucar-kacir.

2. IM telah mempelopori usaha taqrib Sunni - Syiah sejak sekian lama dan kesan buruknya dirasai sehingga ke hari ini seperti mana yang dapat dilihat di Lubnan, Iraq, Syria dan Yaman. Ribuan orang-orang Islam dibunuh oleh Syiah.

3. Hubungan rapat IM dengan Iran menjadikan mereka ‘musuh dalam selimut’ dan ‘gunting dalam lipatan’ kerana sering mempertahankan Iran dan menyebelahi agenda-agenda mereka. Ini menjadi ancaman atas negara dan umat Islam.

Daripada Allah jua kita memohon perlindungan dan keselamatan.

[Gerakan PENA Malaysia]

Comments