Tips Mudah: Bagaimana Cara Menutup Aib Peribadi?

 OLEH: Ustaz Muhammad Fahmi Rusli

Aib merupakan sesuatu yang kita malu dan tidak mahu agar diketahui oleh manusia lain. Antara cara untuk mengelakkan keaiban kita terdedah ialah :

1- Banyakkan istighfār. Selain dari permohonan supaya Allah ampunkan dosa, istighfar juga bermaksud meminta Allah menutupkan aib kita. غَفَرَ bermaksud سَتَرَ (iaitu menutup keaiban).

2- Menutup aib orang lain. Rasulullah S.A.W bersabda :


وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ‏

Maksudnya : Sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim, Allah akan menutup keaibannya di akhirat.


Riwayat Muslim (2580)


[Gerakan PENA Malaysia]


Comments