OLEH: Taufiq Tuah
Orang awam menganggap dayus ialah suami yang memukul isterinya. Sehinggakan seorang suami yang menzalimi isterinya telah dilabel sebagai dayus. Ingin post ini memperbetulkan bahawa itu bukan makna dayus. Sebaliknya itu ialah 'suami tak guna'.
Dayus menurut Dewan Bahasa dan Pustaka ialah, tidak bersifat kelelakian; pengecut; penakut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Jadi perbuatan memukul isteri sebenarnya tidak termasuk di dalam makna dayus. Malah sebenarnya mengikut definisi oleh Kamus Pelajar Edisi Kedua ini, suami yang takut isteri lah yang sepatutnya digelar dayus.
Maka kita perbetulkan istilah,
Suami dera isteri = Suami tidak bertanggungjawab.
Isteri dera suami = Suaminya dayus, isterinya nusyuz.
Apa makna Dayus atau Dayuts yang disebutkan di dalam hadis Rasulullah?
Syaikh Abdulaziz bin Abdullah bin Baaz rahimahullah berkata,
“Dayûts adalah orang yang redha adanya perbuatan keji pada keluarganya (isterinya), iaitu mendiamkan (biarkan) perbuatan zina, TIDAK MELARANGNYA, TIDAK MARAH kerana Allâh Azza wa Jalla , kerana rasa cemburunya sedikit dan imannya lemah. Adapun orang yang telah berusaha mengingkarinya dan menghalanginya dari perbuatan keji, maka orang ini tidak termasuk dayûts”.
[Fatâwâ Islâmiyyah, 3/118]
Syaikh ‘Abdurrahman As Sa’di berkata,
“…Kerana jiwa manusia memiliki fitrah untuk cinta kepada isteri dan anak-anak, maka Allah Ta’ala memperingatkan hamba-hamba-Nya agar (jangan sampai) kecintaan ini menjadikan mereka menuruti semua keinginan isteri dan anak-anak mereka dalam hal-hal yang dilarang dalam syariat. Allah memotivasi hamba-hamba-Nya untuk (selalu) melaksanakan perintah-perintah-Nya dan mendahulukan keredhaan-Nya…”
[Taisiirul Kariimir Rahmaan, hal. 637]
ANCAMAN KEPADA LELAKI DAYUS
عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ثَلَاثَةٌ لَا يَنْظُرُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ: الْعَاقُّ لِوَالِدَيْهِ، وَالْمَرْأَةُ الْمُتَرَجِّلَةُ، وَالدَّيُّوثُ، وَثَلَاثَةٌ لَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ: الْعَاقُّ لِوَالِدَيْهِ، وَالْمُدْمِنُ عَلَى الْخَمْرِ، وَالْمَنَّانُ بِمَا أَعْطَى
Dari Sâlim bin Abdullah (bin Umar), dari bapanya, dia (Abdullah) berkata, “Rasûlullâh n bersabda, ‘Tiga orang yang Allâh Subhanahu wa Ta’ala tidak akan melihat mereka pada hari kiamat: anak yang derhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki, dan dayûts.
[HR. An-Nasai, no. 2562, disahihkan oleh Imam Az-Zahabi dan dihasankan oleh Sheikh Al-Albani]
Maka lelaki, jaga lah tanggungan anda.
“ألا كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته، … والرجل راع على أهل بيته وهو مسئول عنهم”
“Ketahuilah, kalian semua adalah pemimpin dan kalian semua akan diminta pertanggungjawaban tentang apa yang dipimpinnya. Seorang suami adalah pemimpin (keluarganya) dan dia akan dimintai pertanggungjawaban tentang (perbuatan) mereka.”
[HR. Al-Bukhari no. 2278 dan Muslim no. 1829]
Wallahualam
___________________________
Taufiq Tuah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
_____________________________

Comments
Post a Comment