OLEH: Ustaz Abid Annuriyy
Al-Imam Sufyan ibn ‘Uyaynah mengatakan bahawa seorang thiqah adalah ustaz walau ia seorang remaja.
Ulama muslimin ialah golongan ilmuan yang thiqat Ashab al-Hadith. Thiqah itu mempunyai dua syarat iaitu
(i).bagus agamanya iaitu beraqidah salaf aswj, mempunyai tawhid yang sahih dan taqwa (bertawhid, melakukan yang fardhu dan amal salih yang menepati sunnah), meninggalkan segala syirik dan bid’ah dan maksiat. Mengimani sifat-sifat Allah tanpa tahrif dan tamthil, tanpa takyif dan tamthil.
Disebut juga sebagai khashyatullah (takut kepada Allah), takut melakukan syirik, bid’ah dan maksiat (dosa besar), tidak menguangi dosa kecil dan memelihara maruah. Takut meninggalkan yang fardhu dan takut azab akhirat. Salaf telah ijma’ bahawa alim faqih ustaz itu adalah yang takutkan Allah.
Adapun ilmuan yang beraqidah jahmiyyah atau quburiyyah, mereka itu adalah ulama syirik, ahli kalam, kazzabun dan sesat, bukan ulama muslimin. ‘Alim faqih ustaz adalah orang yang warak (‘afif), ‘abid, zahid dan salafi berpegang teguh kepada sunnah. Memelihara ibadah-ibadah fardhu, berakhlak dengan akhlak-akhlak kenabian seperti sidq, amanah, fatanah, memelihara maruah dan tabligh, bukan berakhlak dengan akhlak munafiqin.
Wahb ibn Munabbih (34-114H) berkata,
« الفقيه العفيف الزاهد المتمسك بالسنة : أولئك أتباع الأنبياء في كل زمان »
“Faqih ('alim ustaz) itu ialah 'afif (warak), zahid (tidak cenderung kepada dunia bahkan mencintai Akhirat) serta berpegang teguh kepada sunnah. Mereka itulah pengikut sebenar para nabi pada setiap zaman.”
(Ibn Battah, al-Ibanah, 39; al-Ajurri, al-Shari'ah, 3)
Sambungan... "Siapakah Ustaz?"
(iii).Mengamal serta mengajar al-Quran dan Hadith, bermula dengan tawhid dan solat.
.
كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنْتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ (79) ]سورة آل عمران[
“…Jadilah kamu rabbaniyyin disebabkan kamu mengajarkan al-Kitab dan dengan sebab kamu sentiasa belajar (dan mengamalkan al-kitab).” (Ali ‘Imran: 79).
Sebagaimana kefahaman salaf, bukan kefahaman sendiri. Bermula dengan aqidah hinggalah fiqh dan hadith.
Sesiapa yang tidak mendakwahkan tawhid, syariah dan solat, itu bukanlah alim dan ustaz.
(iv).Mencegah kemunkaran, syirik, kufr, bid’ah, dan maksiat. Yakni melarang dari kalimah-kalimah dosa, perbuatan dan makanan haram seperti rasuah yakni tidak mengampu dan bacul.
Ini sifat ulama rabbaniyyun yang diikuti, diambil ilmu dan fatwa darinya. Ilmu mesti diambil dari ahlinya.
Firman Allah,
لَوْلا يَنْهَاهُمُ الرَّبَّانِيُّونَ وَالأَحْبَارُ عَنْ قَوْلِهِمُ الإِثْمَ وَأَكْلِهِمُ السُّحْتَ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَصْنَعُونَ (63)
“Mengapa tidak ulama rabbaniyyun dan ahbar itu mencegahkan mereka dari kata-kata dosa (syirik, kufr, bid’ah dan maksiat) dan makanan haram (rasuah), sesungguhnya amat-amat buruk apa yang mereka lakukan.”
(al-Ma’idah: 63).
Sekiranya tokoh yang dianggap ulama (ustaz) itu mengajak kepada syirik dan bid’ah, atau mempertahankan syirik atau bid’ah, itu musyrikin bukan ulama.
Ilmuan yang terlibat mengikuti atau menganuti ilmu kalam, itu bukanlah ‘alim rabbani. Agamawan yang terlalu penakut bukanlah alim ustaz.
Al-Imam Ibn Battah al-‘Ukbari dalam Ibtal al-Hiyal meriwayatkan dengan sanadnya,
قَالَ الحسن البصري: الفقيه الزَّاهِدُ فِي الدُّنْيَا، الرَّاغِبُ فِي الآخِرَةِ، الْبَصِيرُ فِي دِينِهِ، الْمُجْتَهِدُ فِي الْعِبَادَةِ هَذَا الْفَقِيهُ
Al-Hasan al-Basri berkata,
“Faqih (‘alim) itu ialah yang zahid di dunia, raghib akan akhirat, mendalam ilmunya dan mujtahid (bersungguh-sungguh) dalam ibadah. Itulah faqih (‘alim ustaz).”
.
Ulama telah ijma’ bahawa muqallid buta yang tidak mengetahui dalil-dalil walau ia salih, abid dan pandai berceramah bukanlah alim ustaz. Apalagi tukang nasyid, penyanyi dan pelakon.
Amalan, sifat dan akhlak ulama adalah sifat-sifat iman dan taqwa dalam al-Quran dan Hadith seperti dalam
awal surah al-Baqarah, tidak menyembunyikan ilmu, sifat-sifat iman dan taqwa dalam ayat 117 al-Baqarah, Al ‘Imran ayat 17, Al ‘Imran 113-115, 133-135, akhir Al ‘Imran, al-Tawbah, 71, 112, 10 ayat terawal al-Mu’minun, ayat-ayat terakhir al-Furqan, al-Dhariyat ayat 15, al-Ma’arij 22-35. Itulah sifat-sifat Nabi dan Sahabat.
Itulah sifat ulama yang paling mulia di sisi Allah, lagi dicintaiNYA, sifat ulama pewaris para Nabi. Ulama abrar, sadiqun, muttaqun.
[Gerakan PENA Malaysia]
Comments
Post a Comment