Makmum Membaca Hingga Menganggu Jemaah Lain

 OLEH: Abu Aqif

Ketika solat berjemaah, dalam ramai-ramai makmum, mesti ada seorang dua yang perangainya baca dalam solat seolah-olah macam berbisik, tapi sebenarnya suara dia sampai satu saf boleh dengar.

Perbuatan makmum yang begini dilarang Nabi kerana dia telah menganggu fokus dan konsentrasi jemaah lain.


Hadis Nabi ﷺ dari sahabat Abu Said Al-Khudhri رضي الله عنه, beliau menyatakan,

اعْتَكَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَسْجِدِ فَسَمِعَهُمْ يَجْهَرُونَ بِالْقِرَاءَةِ فَكَشَفَ السِّتْرَ وَقَالَ أَلَا إِنَّ كُلَّكُمْ مُنَاجٍ رَبَّهُ فَلَا يُؤْذِيَنَّ بَعْضُكُمْ بَعْضًا وَلَا يَرْفَعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِي الْقِرَاءَةِ أَوْ قَالَ فِي الصَّلَاةِ

"Rasulullah ﷺ beriktikaf di masjid, lalu beliau mendengar mereka (para sahabat) menguatkan bacaan (Al-Quran) mereka. Kemudian beliau membuka tirai sambil bersabda,

"Ketahuilah, sesungguhnya kalian sedang berdialog dengan Rabb kalian. Oleh itu, janganlah sebahagian kalian mengganggu sebahagian yang lain, dan jangan juga sebahagian yang satu menguatkan terhadap sebahagian yang lain di dalam membaca Al-Quran" atau beliau mengatakan, "atau dalam solatnya."" [HR. Abu Dawud no. 1332, sahih].


Syaikh Muhammad bin Soleh Al Utsaimin رحمه الله‎‎ berkata;

"Seseorang yang sedang solat tidak boleh menguatkan bacaan apabila dia sebagai makmum. Tidak juga menguatkan tasbih atau doa yang boleh menganggu konsentrasi orang di sekitarnya.

"Kerana pada suatu hari Nabi ﷺ pernah keluar menemui sahabatnya ketika mereka sedang membaca dan menguatkan suara, lantas beliau bersabda;

"Janganlah sebahagian kalian menguatkan bacaan Al-Quran ke atas sebahagian yang lain." Atau beliau mengatakan, "Dalam membaca (Al-Quran)." Kerana yang demikian ini mengganggu saudara saudaranya yang sedang solat." [Silsilah Fatawa Nur alad Darb kaset no. 63].

الله أعلم

[Gerakan PENA Malaysia]


Comments