Keunggulan Ilmu Syeikhul Islam Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab

 OLEH: Abu Amru Radzi Othman

Al Muhaddith, Al Alamah, Syeikul Islam Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab benar-benar menguasai banyak bidang ilmu antaranya adalah Hadis, Fiqh, Bahasa, Sirah, Ekonomi, Politik dan banyak lagi.

Beliau memiliki jalur sanad hadis dari beberapa ulama Ahlul Sunnah antaranya adalah ulama terkenal di masa itu iaitu Syeikh Hayat As Sindi yang merupakan guru mursyid kepada beliau.

Menariknya sanad Shah Waliyullah Ad Dahlawi juga jika di lihat akan bertemu pada jalur yang sama dengan sanad milik Syeikul Islam Muhammad Bin Abdul Wahhab dari Syeikh Hayat As Sindi.

Direkodkan bahawa ketika beliau menjadi Mufti kerajaan Dariyah maka beliau membacakan Shahih Bukhari dan mengajarkan Syarah Fathul Bari.

Lucu apabila ada golongan mengatakan bahawa kaum Salafi tidak memiliki sanad dan mereka punya sanad sampaikan kepada sanad melilit serban!

Tetapi ketika diminta bawakan sanad ucapan Saidina Ali tentang Allah wujud tanpa tempat maka mereka gagal membawa sanad nya sampai hari ini.

___________________________
Abu Amru Radzi Othman
_____________________________


Comments