Aku Sentiasa Penuntut Ilmu

 OLEH: Ustaz Abu Hanim Riza Kamaruddin


Titipan untuk renungan bersama. 

Alhamdulillah aku punya ramai teman dan sahabat merangkap sebagai guruku yang merintis jalan dakwah, mengenal erti kehidupan, perniagaan hatta ke peringkat syiasah.

Kita wajib memposisikan diri kita sebagai penuntut ilmu selagi nyawa dikandung badan.

Namun kita juga perlu berhati-hati memilih guru yang thiqah berdasarkan ilmu wahyu bukan dari khabar mimpi terus menjadi wali.

Kita tidak akan pernah tahu semua perkara kerana akan banyak lagi ilmu yang kita tidak tahu dari pelbagai bidang dan cabangnya.

Kata-kata Al-Imam Al Syafie;

اصبر على مرِّ الجفا من معلمٍ،

فإنَّ رسوبَ العلمِ في نفراتهِ،

ومنْ لم يذق مرَّ التعلمِ ساعةً، 

تجرَّعَ نلَّ الجهل طولَ حياته، 

ومن فاتهُ التَّعليمُ وقتَ شبابهِ،

فكبِّر عليه أربعاً لوفاته،

وَذاتُ الْفَتَى ـ واللهِ ـ بالْعِلْمِ وَالتُّقَى،

إذا لم يكونا لا اعتبار لذاتهِ.

Maksudnya: 

Bersabarlah engkau dalam kepahitan bersama dengan guru yang keras,

Kerana kegagalan dalam menuntut ilmu adalah disebabkan melarikan diri dari guru sepertinya,

Barangsiapa yang tidak pernah merasakan kepahitan menuntut ilmu walaupun sesaat cuma,

Maka dia akan merasakan hinanya kebodohan sepanjang hayatnya,

Barangsiapa yang tidak menuntut ilmu diwaktu mudanya,

Maka bertakbirlah empat kali sebagai tanda kematiannya,

Kedudukan seorang pemuda -demi Allah- dilihat dari sudut ilmu dan ketakwaannya,

Jika tiada keduanya maka tiada erti kewujudannya.

(rujukan, Diiwan Al Syafie, hal.41)


[Gerakan PENA Malaysia]



Comments