Alim Faqīh Ustaz Itu Mestilah.......

 OLEH: Ustaz Abid Annuriyy


1. Thiqah agama nya yakni warak

Al-Hasan al-Basri berkata, 

"الفقيه: المجتهد في العبادة، والزاهد في الدنيا، والمقيم على سنة محمد صلى الله عليه وسلم" 

“Faqih yang sebenar itu ialah yang bersungguh-sungguh beribadah, zuhud terhadap dunia, dan teguh berdiri di atas sunnah Muhammad saw.” 

(Ibn Abi Ya’la, Tabaqat al-Hanabilah, 3/267). 


al-Imam al-Hasan al-Basri berkata, 


كَانَ الرَّجُلُ إِذَا طَلَبَ الْعِلْمَ لَمْ يَلْبَثْ أَنْ يُرَى ذَلِكَ فِي بَصَرِهِ ، وَتَخَشُّعِهِ، وَلِسَانِهِ، وَيَدِهِ، وَصَلَاتِهِ، وَزُهْدِهِ؛

 (سنن الدارمي - جـ 1 - صـ 383)

Seseorang itu apabila menuntut ilmu, tidak lama kemudian, terlihatlah kesan-kesan baik pada dirinya, iaitu pada pandangan nya (dari maksiat-maksiat), Ibadah, warak dan ketakutannya kepada Allah, pada lidahnya dan tangan nya (dari maksiat-maksiat), solatnya (yang bagus lagi terpelihara) dan kezuhudan terhadap dunia (serta kecintaan nya kepada Ākhirat) . 

(al-Imam 'Abdullah ibn 'Abd Rahman al-Darimi, al-Sunan, 385).

.

Ilmuan yang tiada pada dirinya kesan-kesan warak, zuhud, khawf, (takhashshu’), sunnah dan ibadah, itu bukanlah alim. Ilmuan kaki maksiat, tidak menjaga maruah dan tidak memelihara solat bukanlah alim, tidak boleh diambil ilmu dan fatwa darinya (melainkan ia bertaubat). 

Tawadhu’ kepada Allah dan muslimin. Memelihara solat dan khusyu’ dalam solat. Warak seluruk anggota badannya dari segala maksiat. Zuhud terhadap dunia, sibuk mengejar Akhirat. 

Inilah sifat penuntut ilmu dan ‘alim.


2.Menguasai ilmu-ilmu dan dalil-dalil (master). Yakni thiqah dalam ilmunya. 

Alim ulama atau ustaz sebenar mestilah terbukti menuntut ilmu, terbukti menguasai ilmu dan dalil-dalil (al-basir fi dinih) bukan muqallid buta. 

Al-Walid ibn Muslim berkata, saya mendengar al-Imam 'Abdurrahmān ibn Yazīd ibn Jabir al-Tabi'i (w154H) berkata, 


لَا تَكْتُبُوا الْعِلْمَ إِلَّا مِمَّنْ يُعرَفُ بِطَلَبِ الْحَدِيْثِ 

“Jangan kamu menulis ilmu melainkan dari orang dikenali (terbukti) mempelajari hadith (segenap aspek ilmu hadith riwāyah dan dirāyah, sahih da’if).”

(Lihat al-Kifayah fi ‘Ilm al-Riwayah dan Siyar A'lam al-Nubala’)

.


Alim disyaratkan 

i).  menguasai bahasa arab dengan baik, mampu membaca kitab-kitab arab, menulis dan bertutur dalam Bahasa Arab dengan betul, serta ilmu-ilmu alat (Usul al-Tafsir, Usul al-Hadith, Usul al-Fiqh, nahw, sarf dan balaghah arab). 

ii) dan menguasai ilmu-ilmu syariah, mempelajari al-Quran dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya (‘ulum al-Quran, Usul al-Tafsir dan kitab-kitab tafsir muktabar seperti Tafsir al-Tabari, Tafsir al-Baghawi dan Tafsir Ibn Kathir, Tafsir al-Sa’di, Tafsir al-Shinqiti dan lain-lain tafsir salafi), mengetahui hadith Sunan Sittah, Tis’ah atau ‘Asharah, Masanid ‘Asharah dan mustalahnya sehingga memahami tafsirannya yang sahih dan membezakan antara sahih dan da’if. Mengetahui Fiqh 4 mazhab dan mazhab-mazhab yang tidak masyhur. Mengetahui Ijma’ dan khilaf dalam fiqh, rajih dan marjuh, mengenal tawhid sahih dan tawhid yang batil. 

Alim mestilah cekap dalam ilmu Usul al-Fiqh, khasnya berkaitan ijtihad dan qiyas. 

Ilmu falsafah iaitu maqulat bukan lah ilmu alat dan bukan syarat alim. 

‘Alim faqih itu seperti mana yang disebut oleh al-Hasan al-Basri sebagai al-basir fi dinih (sangat pakar dalam agamanya), mengenal tawhid dan syirik, Sunnah dan bid’ah, halal dan haram secara terperinci dengan dalil-dalil. Mampu berfatwa dengan fatwa yang tepat untuk menyelesaikan masalah umat. 

قَالَ الحسن البصري: الفقيه الزَّاهِدُ فِي الدُّنْيَا، الرَّاغِبُ فِي الآخِرَةِ، الْبَصِيرُ فِي دِينِهِ، الْمُجْتَهِدُ فِي الْعِبَادَةِ هَذَا الْفَقِيهُ

Al-Hasan al-Basri berkata, “Faqih (‘alim) itu ialah yang zahid di dunia, raghib akan akhirat, mendalam ilmu agamanya dan mujtahid bersungguh-sungguh dalam ibadah. Itulah faqih (‘alim).” 


Ulama telah ijma’ bahawa muqallid yang tidak mengetahui dalil-dalil bukanlah alim.



[Gerakan PENA Malaysia]


Comments