Dua Ciri-Ciri Golongan Munafik Yang Terkait Dengan Solat

 OLEH: Ustaz Muhammad Fahmi Rusli

Dua ciri golongan munafiq yang terkait dengan solat ialah :

Pertama : Solat apabila berada di hadapan orang ramai. Dalam erti kata, dia suka memperlihatkan solatnya kepada orang lain. Jika tidak ada orang di sekeliling, nescaya dia tidak solat.

Firman Allah S.W.T :

يُرَاءُونَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا

Maksudnya : (Orang-orang munafiq) itu memperlihatkan solat mereka kepada orang ramai dan mereka tidak mengingati Allah melainkan sangat sedikit.

Surah Al-Nisa’ (142)

Kedua : Melewat-lewatkan solat dengan sengaja, sehingga sampai ke penghujung waktu barulah dia mendirikan solat.

Rasulullah S.A.W bersabda terhadap seseorang yang melewatkan solat Asar sehingga ke hujung waktu :

تِلْكَ صَلاَةُ الْمُنَافِقِينَ يَجْلِسُ أَحَدُهُمْ حَتَّى إِذَا اصْفَرَّتِ الشَّمْسُ فَكَانَتْ بَيْنَ قَرْنَىْ شَيْطَانٍ أَوْ عَلَى قَرْنَىِ الشَّيْطَانِ قَامَ فَنَقَرَ أَرْبَعًا لاَ يَذْكُرُ اللَّهَ فِيهَا إِلاَّ قَلِيلاً

Maksudnya : Itu merupakan solat golongan munafiq. Salah seorang mereka duduk sehingga matahari menjadi kekuningan, ia berada di antara dua tanduk syaitan atau berada di atas dua tanduk syaitan, lalu dia bangun dan mendirikan solat empat rakaat dengan begitu cepat. Dia tidak mengingati Allah padanya (solat yang didirikan) melainkan sangat sedikit.

Riwayat Abu Daud (413)

Sekiranya saat kita bersendirian kita masih mendirikan solat, serta mendirikan solat pada awal waktu, nescaya kita terselamat dari ciri munafiq. In sya Allah.

[Gerakan PENA Malaysia]

Comments