Hikmah dan Fadilat Meninggalkan Bid’ah dan Ahli Bid’ah.

 OLEH: Ustaz Abid Annuriyy

Antara hikmah kekerasan, hajr dan ketegasan salaf yang bersangatan terhadap bid'ah dan ahli bid'ah adalah 

1.sebagai mengikuti saranan Nabi SAW yang menyuruh muslim menjadi al-muhajir yang meninggalkan kejahatan atau larangan Allah. (Lihat hadith riwayat al-Bukhari, Muslim dan al-Nasa’ei). 

2.Antara lain yang terbesar ialah agar ketulenan agama ini tidak rosak sehingga menjadi agama baru.

3.Antara lain, agar awam dan para penuntut ilmu tidak tergelincir. Ini kerana ‘awamm dan penuntut ilmu mengikuti guru mereka. Sekiranya guru mereka bersahabat mesra dengan ahli bidah, mereka akan menganggap perkara sebagai benar, ahli bid’ah itu bukan ahli bid’ah, dan bid’ah itu remeh bukan satu yang salah. Kisah Abu Zarr al-Harawi dan al-Daraqutni dengan al-Baqillani adalah satu pengajaran pahit.

4.Iman terpelihara 

5.Iman bertambah kerana meninggalkan bid’ah dan ahli bid’ah adalah amal salih

6.Iman teguh

7.Hati menjadi bersih dan tenang

8.Mendapat rahmat Allah dan kesenangan (seperti anak-anak salih dan harta)

9.Orang ramai sedar dan selamat dari bid’ah. 

10.Antara lain, ia adalah satu bentuk kebaikan untuk ahli bid'ah iaitu agar ahli bid'ah itu menghisab dirinya dan bertaubat.

11.Menjadi wali dan kekasih Allah 

12.Mendapat kemanisan iman

13.Selamat dari kufr dan syirk

14.Mendapat al-falah (masuk syurga dengan segera tanpa azab atau tanpa hisab) dan selamat dari kemurkaan Allah dan azabNYA.

[Gerakan PENA Malaysia]

Comments