Tidak Boleh Taksub Ulama

 OLEH: Ustaz Abid Annuriyy

al-Imam al-Shafi’i berkata, “Tidak dirujuk kepada sesuatu selain al-Kitab dan al-Sunnah selagi kedua-duanya ada (yakni selagi ada dalil dan hukum di dalam keduanya maka tidak harus merujuk kepada sumber yang lain). Ilmu hanyalah diambil dari yang tertinggi.” (Al-Imam al-Shafi’i, al-Umm). 

Apabila sahih sesuatu hadith, itulah mazhab seseorang muslim yakni wajib mengimaninya dan berpegang teguh kepadanya. Tidak harus ia menoleh kepada pendapat lain. 

Ulama hanyalah muballighun bukan arbab, bukan pencipta agama dan hukum-hakam. Ulama tidak boleh diikuti dan ditaati secara mutlaq seperti Nabi.

Taksub kepada tokoh-tokoh dan pendapat-pendapat mereka adalah satu bentuk syirik, menyalahi al-Quran, Hadith dan Ijma’ Salaf. Mereka bukan hujjah, kerana hujah adalah al-Quran dan al-Sunnah. 

Contoh, 

Salaf telah ijma’ bahawa jahmiyyah itu kuffar. Apabila ada tokoh mengatakan jahmiyyah bukan kuffar tapi muslimin ahl sunnah, pendapat itu wajib ditolak dan tokoh itu dibid’ahkan. Zakat fitrah itu dengan makanan ruji bukan dengan duit, inilah Sunnah yang mesti dipegang teguh. 

Syiah rawafidh kuffar, sekiranya ada tokoh agama yang mengatakan syiah itu muslimin maka fatwanya ditolak dan tidak bernilai sama sekali sama seperti fatwa mufti gila yang tidak terpakai dan tidak diambil kira. Mimpi-mimpi bukan hujjah, mana-mana tokoh membawa mimpi mereka sebagai dalil maka tidak wajib dan tidak harus diterima. Sujud kepada kubur atau berhala itu syirik walau tanpa niat, sesiapa yang mengharuskannya dengan nama tawassul, tabarruk atau mahabbah (mencintai wali), maka dia dikafirkan dan diminta bertaubat.


[Gerakan PENA Malaysia]


Comments