OLEH: Ustaz Abid Annuriyy
Soalan
Apa masalahnya jika mengatakan al-Quran itu makhluk? Mengapa orang yang mengatakan al-Quran makhluq menjadi kafir?
Jawapan
Sabit bahawa Al-Quran itu kalamullah (kata-kata Allah). kalamNya adalah ilmuNYa dan sifatNYA, wahyuNya, suaraNya, suruhan dan laranganNYA. Mustahil ilmu dan sifat ALLAH itu makhluk. Sesiapa yang mengatakan ilmu dan sifat ALLAH adalah makhluq benda yang dicipta, maka ia kafir.
Sekiranya makhluk maka ia adalah ciptaan seperti makhluk lain batu kayu, gunung ganang, manusia, jin, yang lemah, jahil, sakit, binasa, hina, tidak sempurna, tersalah, penuh kekurangan, dan mati. Ini penghinaan terhadap sifat ALLAH dan ZatNYA sekaligus. Penghinaan terhadap al-Quran. Ini kufr.
Mengatakan al-Quran itu makhluk bermakna membatalkan syariah Allah. Maknanya tiada berita, suruhan dan larangan Allah, yang ada hanyalah huruf-huruf, kalimah-kalimah, ayat-ayat dan bacaan kosong yang bukan kalamNYA, tetapi karangan jibril atau Muhammad. Kononnya Kalam Allah yang haqiqi hanyalah yang ada dalam zatNYA yang tidak didengari dan tidak diketahui oleh sesiapa pun.
Slogan “al-Quran itu makhluq” tiada dalam al-Quran, al-hadith dan al-Ijma’. Itu adalah slogan kuffar jahmiyyah, mu’tazilah dan pengikut mereka. Mencipta sesuatu slogan atau aqidah baru adalah kufr dan syirik. Kini slogan syirik dan bid’ah ini cuba dihidupkan semula oleh golongan liberal. Menurut kuffar liberal, al-Quran itu makhluk, jadi ia tidak suci, tidak agung, bahkan mempunyai kesalahan, dan boleh dikritik seperti karya-karya lain.
Mengatakan al-Quran makhluq, bukan kata-kata Allah, Allah hanya berkata-kata dalam zatNYA yang qadim tanpa suara huruf, kalimah, ayat, surah, dan tanpa sebarang bahasa bermakna mengatakan Allah bisu. Ini kufr akbar dan riddah.
Aqidah al-Quran makhluq adalah permulaan untuk menafikan sifat-sifat Allah yang lain seperti sifat ‘uluww dan istiwa’NYA di atas arasyNYA, yakni menafikan ZatNYA dan kewujudanNYA.
[Gerakan PENA Malaysia]
Comments
Post a Comment