OLEH: Ustaz Abid Annuriyy
Mrk menganggap Hadith Sahih sbg Ahad. Menurut Asha’irah mutakhir, hadith-hadith sahih yang sanadnya bertaraf Ahad tidak mutawatir atau disebut khabar al-wahid bukan sumber aqidah (kecuali dalam bab sam’iyyat atau yang tidak bercanggah dengan qanun ‘aqli).
Menurut mereka, hadith ahad ini bukan hujjah aqidah kerana hadith-hadith sahih Ahad adalah tidak sabit sanadnya secara qat’i (putus). Ini pemikiran Ahli Kalam Mu’tazilah. Sekiranya kita mengikut teori batil Asha’irah ini, umat islam mesti menolak semua hadith Nabi di muka bumi ini.
Adapun Ahl al-Sunnah mereka meyakini hadith ahad itu qat’ei dan sumber aqidah, seperti mana al-Quran, hadith mutawatir kemudian ijma'.
Di sisi znadiqah asha'irah, sekiranya hadith mutawatir bercanggah dengan qanun ‘aqli, maka hadith mutawatir tersebut wajib dita’wil. Prinsip Asha’irah ini adalah kufr bersalahan dengan manhaj Nabi, Sahabat dan Tabi’in.
Asha’irah zanadiqah bercelaru dalam hadith, mereka menolak hadith sahih dalam bab aqidah, tetapi menerimanya dalam bab fiqh.
Comments
Post a Comment