OLEH: Ustaz Idris bin Sulaiman
CARA ANDA BERFIKIR
Kehidupan anda sesuai dengan cara anda berfikir. Sekiranya cara anda berfikir membawa manfaat kepada agama dan dunia maka kehidupan anda akan menjadi baik dan bagus. Jika tidak maka keadaan akan menjadi sebaliknya.
- Syeikh Abdul Rahman as-Saadi
TAKUT DICEMUH
Kebanyakan manusia menjadi binasa gara-gara takut dicemuh di samping mahu mendapat restu orang-orang di sekelilingnya. Akhirnya segala tindak tanduknya akan menurut keredaan orang-orang di sekeliling dengan harapan supaya dipuji dan kerana takut dicemuh. Jelas ini merupakan antara apa yang membinasakan maka sewajarnya sikap ini diperbetulkan.
- Ibnu Qudamah al-Maqdasi.
Aku janji setiap Muslim:
Sesungguhnya hidup matiku untuk Allah ﷻ [Al-Quran, 6:162].
Comments
Post a Comment