OLEH: Ustaz Abid Annuriyy
Golongan tariqat adalah paling berat dan teruk dalam taqlid kepada guru mereka. Mereka tidak peduli kepada al-Quran, hadith-hadith sahih atau ijma’. Tuhan, Nabi dan Quran mereka adalah kata-kata guru mereka.
Shaykh-shaykh mereka dianggap suci (mahfuz),
Mengetahui perkara-perkara ghaib dan bertindak menguruskan alam.
Mereka menerima kata-kata guru mereka secara buta tuli tanpa membandingkannya kepada al-Quran dan al-Sunnah.
Dalam tariqat sufiyyah, wajib taat kepada guru secara mutlaq.
Sesiapa yang mengingkari guru mereka dianggap kafir.
Bahkan ada yang tidak diizinkan bertanya soalan kepada guru. Kononnya kerana beradab kepada guru. Hakikatnya itu adalah taqdis (pendewaan), ibadah (penyembahan) dan ta’lih (menuhankan guru).
Dalam tariqat sufiyyah, guru dianggap boleh memberikan barakah, manfaat atau mudarat. Seperti menyembuhkan penyakit-penyakit, mendatangkan rezeki, menolak mudarat-mudarat,
wajib taat kepada semua kata-kata guru walau menyalahi kitab dan sunnah.
Sesiapa yang beriktiqad seperti itu, maka ia telah melakukan syirik akbar, terkeluar dari islam, wajib bara’ daripadanya, tidak harus wala’ kepadanya, dan tidak harus saling nikah.
Tariqat penuh dengan syirik dan bid’ah. Antaranya meyakini wahdatul wujud, Tuhan tajalli dalam bentuk haiwan tertentu, zikir jama’ei beramai-ramai dalam keadaan berbaris-baris atau bulatan, dengan satu suara, zikir ism mufrad Allah Allah, atau hay hay hay, qayyum, qayyum, qayyum, hu hu , ah ah, istighathah dengan selain Allah, meminta madad dari orang-orang mati, penyembahan kubur, menjadikan qasidah-qasidah dan nasyid-nasyid sebagai ibadah dan lain-lain.
Buku-buku mereka penuh dengan syirik, bid’ah dan kejahatan.
Ibadah, zikir-zikir dan selawat-selawat rekaan mereka berbeza dengan zikir-zikir dalam hadith-hadith sahih.
Terdapat ajaran bid’ah seperti berzikir dengan membayangkan wajah shaykh, iktiqad shaykhnya menyelamatkannya pada Hari Qiyamat, khurafat yaqazah, kekufuran mengangkat wali lebih tinggi dari nabi, bahkan lebih agung dari Allah dan sebagainya.
Hakikatnya, tasawwuf adalah kembar tashayyu’ (Syiah).
Comments
Post a Comment