HAMAS

 OLEH: Ustaz Idris Sulaiman



Berbekalkan senjata canggih yang disediakann oleh Syiah Iran, mereka melakukan serangan ke atas bangsa yang dimurkai Allah, Yahudi, lalu serangan ini dijadikan alasan untuk menyerang penduduk Islam Palestin sehingga menyebabkan terkorbannya ramai nyawa yang tidak berdosa serta berlakunya banyak kerosakan. 

Adakah perbuatan HAMAS ini wajar? Atau ia merupakan pengkhianatan ke atas umat Islam kerana mendatangkan mudarat atas kaum Muslimin dengan bertopengkan jihad sehingga mengelirukan ramai masyarakat Islam? 


ANALOGI SERANGAN HAMAS KE ATAS YAHUDI

# Jika rumah daripada kaca

Seorang anak tinggal di rumah kaca dan setiap hari sekumpulan anak-anak nakal (bahkan jahat) lewat di hadapan rumahnya sambil memaki hamun, mencaci dan menghemburkan kata-kata kesat terhadapnya.

Wajarkah si anak itu membalas dengan membaling batu ke arah anak-anak nakal (bahkan jahat) tersebut?

Dan jika mereka membalas dengan perbuatan sama malah dengan membaling batu-batu yang lebih besar lalu menyebabkan kaca rumahnya pecah, wajarkah ibu si anak itu memarahinya atau memadai dengan si ibu memarahi anak-anak nakal (bahkan jahat) itu?

Lumrahnya si anak itu akan turut dimarahi dan dipersalahkan.

CATATAN: 

Bandingkan kerosakan yang berlaku atas Yahudi dengan kerosakan yang berlaku atas masyarakat Islam Palestin. Jelas yang terakhir berlipat kali ganda. 

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan perlindungan. 



[Gerakan PENA Malaysia]


Comments