OLEH: Ustaz Suhili Nain
Orang yang kuat iman, pasti akan jaga solat, baca Al-Quran, banyak zikir. Namun, belum tentu orang yang jaga solat, baca Al-Quran dan banyak zikir, iman mereka kuat.
Buktinya ada orang jaga solat, baca Al-Quran, banyak berzikir, hafal Al-Quran tetapi terjebak dengan maksiat yang keji seperti seperti pornografi, riba, menipu duit orang, memfitnah, mengumpat dan pelbagai lagi.
Justeru, jangan pandang kuat iman dengan sekadar saya jaga solat, saya hafal Al-Quran, saya banyak zikir, maka iman saya kuat. Belum tentu, itu cuma beberapa aspek sahaja.
Fahami definisi iman, cabang iman, dengan itu kita barulah kita faham apa sebenarnya iman yang kuat dan iman yang lemah. Ia boleh naik dan boleh turun..
***Nota Penting***:
Fokus status saya adalah mengajak untuk kita memahami apa sebenarnya iman, bukan untuk kita menilai iman orang lain. Ini catatan agar kita muhasabah semula kefahaman kita terhadap iman. Semoga tidak disalah fahami.
Comments
Post a Comment